Menangi Percutian Keluarga Ke Hong KongDisneyland Dengan Siri Animasi DuckTales

Jangan lupa untuk berkunjung ke Sunway Pyramid dan berpeluang untuk memenangi percutian keluarga ke Hong Kong Disneyland.

Berita baik buat kanak-kanak yang meminati siri animasi Disney,jika anak anda terlepas menonton filem animasi “DuckTales” yang ditayangkan pada Ahad, 21 Januari lalu, kini mereka boleh menonton siri animasi Disney ini di saluran Disney. Siri animasi ini akan ditayangkan pada hari Jumaat, 26 Januari, jam empat petang.
 

 
Siri perdana ini ditayangkan sempena dengan ulang tahun ke 30 siri animasi yang pernah memenangi Anugerah Emmy. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti penggembaraan epikĀ  keluarga Duckburg yang terdiri daripada Scrooge McDuck, tiga kembar, Huey, Dewey, Louie dan Donald Duck.
 
Sempena untuk meraikan pelancaran siri animasi ini, peminat Disney boleh menjangkakan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan di bawah kempen WOO-OO. Untuk memulakan kempen WOO-OO, Disney Channel akan melancarkan versi baru lagu klasik Duck Tales yang telah diolah dan dinyanyikan semula oleh Club Mickey Mouse Mouseketeer yang sangat popular serta pengacara Disney Channel, Brandon dan Badricka. Ia juga turut menampilkan selebriti tempatan Jenn Chia dan Ismail Izzani.
 
Menggunakan tema komik di kredit pembukaan, video muzik ini menampilkan personaliti Disney melakonkan semula detik penting dalam siri animasi yang popular ini. Bagi peminat Disney pula, anda boleh menyertai pertandingan media sosial DuckTales #WooMoments dengan meniru semula aksi daripada siri animasi popular itu.
 

 
Cabaran WOO-OO ini akan diadakan selama sebulan bermula daripada 9 Januari. Hantarkan gambar atau video dengan #WooMoments di laman Facebook Disney Channel Asia. Gambar terbaik akan dipaparkan di saluran Disney. Jangan lupa untuk hadir ke Sunway Pyramid bermula 19 Januari sehingga 6 Februari kerana anda berpeluang untuk mencuba permainan Scrooge’s Money Bin dan berpeluang memenangi percutian keluarga ke Hong Kong Disneyland.
 
Selain daripada permainan tersebut, anak anda juga boleh mencuba mereka tanglung yang bertemakan DuckTales sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.
 
Untuk lebih info mengenai video dan cabaran WOO-OO, anda boleh layari laman sosial media Disney Channel Asia: YouTube dan Facebook.