Liyana Jasmay Terus Belajar Menjadi Ibu Terbaik

Liyana Jasmay, ibu muda yang komited dengan keluarga dan kerjaya

Sudah lama tidak mendengar cerita mengenai pelakon genit ini. Liyana Jasmay, 28 akui dia kurang berlakon sejak melahirkan dua puterinya Sofea Arissa, 2 dan Selena, 8 bulan, malah lebih fokus kepada bidang nyanyian.

“Saya masih berlakon cuma tidak serancak dulu. Filem lakonan saya akan ditayangkan pada Januari 2017. Tawaran masih diterima tetapi saya lebih berhati-hati dalam memilih watak kini. Tambahan pula saya kini sedang sibuk mempromosikan single terbaru jadi aktiviti lakonan perlu diperlahankan sebentar,” katanya yang bakal melancarkan lagu terbarunya berjudul Oh Na Na tidak lama lagi.

Tambahnya, sehingga penghujung 2016 jadualnya padat dengan rangka promosi lagu baru dan bermula Januari 2017 dia akan  mula sibuk untuk mempromosikan filem pula. Tidak cukup dengan itu, dia juga harus memberi tumpuan kepada perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store dan produksi Mermaid Studio yang diusahakannya.

Laid back in our new fall/winter @mermaid.luxe pieces. #mermaidluxe

A photo posted by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Liyana akui dia amat sibuk dan masa bersama keluarga juga agak tehad. Namun, tanggungjawb terhadap dua puterinya tidak penah terabai. Mujur keluarga dan suaminya Fathudidin Mazlan sangat membantu serta memahaminya. Jadi ia sedikit sebanyak memudahkan kerjanya.

“Waktu melahirkan Sofea dahulu saya terus berehat daripada bidang lakonan dan nyanyian hampir setahun. Tetapi kali ini saya sudah boleh kembali aktif biarpun Selena masih kecil. Kali pertama jadi ibu sangat mencabar tetapi banyak pengalaman yang saya dapat. Disebabkan itu apabila lahir anak kedua, saya lebih tenang dan tidak cepat melatah,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran FrisoGold Loc Nutri di EX8 Subang Jaya.

Makanan seimbang untuk anak

Seperti ibu lain, Liyana mahu yang terbaik untuk anaknya. Dia akan pastikan Sofea dan Selena mendapat makanan seimbang di dalam diet seharian mereka. Walaupun sibuk, dia tetap akan masak makanan kegemaran Sofea sekali setiap hari. Dia seboleh mungkin tidak akan memberikan makanan segera kepada anak-anaknya. Bagi Liyana, makanan jenis ini tidak elok untuk sistem pengadaman mereka dan kurang berkhasiat.

Baked macaroni with bolognese mince meat sauce #mummylifeinthekitchen

A video posted by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Doktor dan Google menjadi kawan baik

Liyana tidak pernah berhenti belajar untuk menjadi ibu yang baik untuk anaknya. Ujarnay banyak perkara yang dia pelajari dan lalui sepanjang menjadi ibu. Terutama berkaitan kesihatan dan tingkah laku anak. Katanya, Doktor Pediatrik dan carian di Google menjadi rujukannya jika dia perlukan apa-apa maklumat.

me and my lil girl the stinky poop #sofiaarissa #pagitadimasamummynakgowork Everyday will send mummy to the door.. ????

A photo posted by liyanajasmay (@liyanajasmay) on