Kenali Senarai Tenaga Pengajar AF 2016 Lebih Dekat.

Masih relevankah Akademi Fantasia kali ini?

Konsert pertama program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2016 telahpun berlansung ahad lalu menyaksikan identiti pengetua didedahkan iaitu penyanyi Datuk Shake. Seramai 14 pelajar telah membuat persembahan dan turut menyaksikan penyanyi Alif Satar menjadi hos gandingan dengan pelawak Zizan Razak.

Terima kasih buat anda semua yang menonton #AF2016 dan kita jumpa lgi di minggu hadapan. Cara Undian: Taip AFUNDI3/5/10/20 <jarak> Nama Pelajar dan hantarkan ke 32777 .

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on

Konsert pertama dan juga pengenalan buat pelajar AF 2016 itu juga menyaksikan tiada penyingkiran berlaku. Menerusi penilaian juri pada malam itu, tiga pelajar menerima pujian iaitu Ara, Amir dan satu-satunya peserta berbangsa India, Reshma. Jom kita kenali senarai tenaga pengajar pula untuk musim Akademi Fantasia tahun ini.

Pengetua – Datuk Shake

Datuk Shake atau nama penuhnya Sheikh Abdullah Ahmad Bakhbereh, 66, merupakan penyanyi yang terkenal sekitar tahun 80-an. Dia kemudian berhijrah ke Eropah dan mencipta nama di Paris dan London. Dia kemudian menerima tawaran merekod album dan melancarkan single berjudul ‘Tu sais je t’aime’ (You know I love you). Lagu tersebut memasuki carta lagu dan menerima anugerah platinum di Perancis. Pencapaian tersebut menjadikan Datuk Shake penyanyi Asia yang berjaya menembusi pasaran Perancis.

Edry Abdul Halim – Pengarah Seni Muzik

Edry 40, merupakan pengetua AF2015 namun tahun ini dilantik sebagai pengarah seni muzik. Anggota kumpulan legenda KRU ini juga merupakan penulis lirik, komposer dan penerbit. Kredibiliti Edry dalam industri muzik tidak boleh dipertikaikan lagi kerana pengalaman luas dalam bidang seni.

Mas Idayu – Guru Persembahan Vokal

Ratu gelek 45 darjah ini terkenal dengan sikap tegas dan lantang bersuara. Mas Idayu tahun lalu dilantik menjadi pengkritik tetap program Dangdut Academy Asia siaran Indosiar. Dia telah berkecimpung dalam industri seni lebih daripada 25 tahun.

Ellie Suriaty – Guru Seni Persembahan

Siapa yang tidak kenal dengan Elly yang sering memberikan lakonan mantap dalam setiap drama dan filemnya. Pelakon dan juga pengarah ini pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM ke-16 menerusi filem ‘Soalnya Siapa’.

Linda Jasmine – Guru Tarian & Koreografer

Linda sangat sinonim dengan Akademi Fantasia. Dia yang merupakan isteri kepada pelakon Que Haidar adalah pakar tarian dan koreografi di Malaysia. Linda sebelum ini dikenali sebagai guru tarian yang bertanggungjawab mencipta gerak tari untuk lagu Menuju Puncak.

Dalam pada itu, produk kesihatan D’Herbs menjadi penaja utama AF 2016 dan radio nombor satu Malaysia, ERA Fm sebagai radio rasmi. Untuk sebarang perkembangan terkini pelajar AF 2016, anda boleh ikuti instagram rasminya iaitu @akademifantasia. Sementara itu rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran Astro Ria (104).

Foto: Instagram.com/akademifantasia