Kempen #WomanUp Untuk Anda Suarakan Isi Hati!

Khusus untuk wanita bergaya, berilmu seperti anda!

Solekan ELIZABETH ARDEN
Dandanan SHAWN CUTLER, Instagram Facebook

Anda, wanita Malaysia yang berdaya maju, memegang pelbagai peranan di pejabat mahupun di rumah, sebagai isteri, ibu, pekerja, anak dan sebagainya – akan diraikan oleh Jelita bulan ini bersama majalah lain di Blu Inc Media Sdn Bhd.

Sempena Hari Wanita Antarabangsa bulan ini, kami mahu laungkan kehebatan anda sebagai wanita Malaysia terunggul yang telah mencapai pelbagai ruang pencapaian tanpa mengira taraf dan latar belakang.

Tahun ini, ayuh kongsikan SATU PERKATAAN yang memberi maksud kemajuan pada diri anda. Kami mahu dengar suara dan pandangan anda. Tiba masanya untuk wanita terus bangkit dan bersama-sama merealisasikan juga mengiktiraf kemajuan yang telah anda susah payah kecapi. Ayuh lakukan perubahan diri dan raikan keberanian diri anda sebagai wanita.

Sertai usaha kami dengan berkongsi satu perkataan yang memberi maksud kemajuan pada diri anda. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Kongsikan satu perkataan yang bermaksud kemajuan kepada anda di dalam cara paling kreatif
  2. Sama ada di dalam bentuk gambar atau video.
  3. Muat naik gambar tersebut di media sosial anda dengan tanda pagar #WOMANUP #MYPRESSFORPROGRESS

 

Contoh gambar:-