Jelita Prihatin: 7 Cara Lindungi Anak Daripada Pemangsa Seksual Dalam Talian

Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa kepada pemangsa seksual dalam talian. Cegah dengan cara ini.

Telefon pintar atau gajet canggih suatu kepentingan buat semua kerana ia memudahkan urusan mencari maklumat, mengikuti perkembangan isu semasa dan juga mengeratkan hubungan silaturahim dengan rakan dan juga keluarga.

Tidak salah jika anda ingin memberikan anak anda menggunakan telefon pintar namun penggunaan gajet tanpa pengawasan boleh mengundang bahaya kepada anak anda kerana mereka adalah sasaran yang mudah buat pemangsa seksual dalam talian yang sentiasa mencari mangsanya dalam dunia chatting.

Sebelum anda memberikan anak menggunakan gajet, pastikan anda sudah melakukan persediaan untuk melindungi anak anda daripada menjadi mangsa kepada syaitan yang bertopengkan manusia ini. Jelita kongsikan cara untuk anda melindungi anak daripada pemangsa seksual dalam talian.

1 of 7

Telefon itu milik ibu bapa

Sebelum anda memberikan anak menggunakan telefon pintar, tetapkan beberapa peraturan dahuku. Jelaskan kepada mereka walaupun mereka diberi kebebasan untuk menggunakan telefon pintar, telefon tersebut masih lagi milik anda (ibu bapa). Anda berhak untuk memeriksa sejarah panggilan, mesej, messenger, whatsapp, gambar atau apa sahaja. Anda boleh gunakan kuasa anda untuk menarik semula kemudahan itu jika mereka membantah.

1 of 7

Telefon itu milik ibu bapa