Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan keluarga atas pemergian ibu tercinta akibat serangan jantung pada jam 4 pagi tadi.

Ibu kepada pelakon popular, Zul Ariffin, Robiah Nasir telah disahkan meninggal dunia pada kira-kira 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah Robiah telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman anaknya iaitu kakak kepada Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara.

Jenazah akan disembahyangkan di masjid Sungai Penchala dan kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur.

Peminat telah mula membanjiri ruangan komen Instagram Zul Ariffin FC dengan ucapan takziah dan doa agar Zul Ariffin tabah menjalani ujian ini.

Takziah diucapkan kepada Zul Ariffin dan keluarganya atas kehilangan terbesar ini kerana mereka sangat rapat dengan arwah ibunya.

Gambar: Instagram