Fazura Penuhi Impian Bergelar Penyanyi Dengan Album Pertama

Fazura kini mengembangkan bakatnya dalam bidang nyanyian dengan album sulungnya, FAZURA!

Selebriti terkenal, Fazura telah membuktikan kepada khayalak bahawa dia adalah wanita yang mempunyai segalanya; bukan sahaja dia berjaya muncul sebagai pelakon yang merangkul beberapa anugerah malah dia juga berjaya mempunyai program realitinya sendiri. Kini, dia telah menambahkan lagi senarai portfolio dan pencapaiannya dengan bergelar penyanyi melalui album perdana yang bertajuk FAZURA selepas setahun dia mempersiapkan album sulungnya itu.
 

 
Album yang telah dilancarkan pada 3 November ini mengandungi sembilan buah lagu yang diterbitkan oleh antaranya Tantra Numata, Irfan Aulia (Samsons), Rich L. Gimbang (Estranged), Ahmad “Kemat” Khair, Anas Amdan, Alwyn Santiago, Megat Fazzly dan Megat Aizat.
 
Selain daripada lagu duet popular bersama Fattah Amin iaitu “Cinderella”, peminat juga boleh mendengarkan sebuah lagi lagu duet bertenaga bersama Ariadinata, vokalis utama band Indonesia, Samsons dengan lagu yang berjudul “Cinta Langka.”
 
Album terbaru daripada Fazura ini turut menampilkan dua lagu bonus, termasuk sebuah lagu bersama kumpulan Estranged, bertajuk ‘Hancur Aku’. Menurut Fazura, lagu tersebut adalah kerjasama yang pertama bersama kumpulan pop rock ini dan ia juga memberikan makna yang besar buat dirinya. Ini kerana setiap ahli kumpulan tersebut telah membimbing dirinya terutamanya perihal mengasah kunci vokal dan mencari tona suaranya.
 

“Salah satu lagu kegemaran saya di dalam album ini pastinya lagu, ‘Sayangi Dirimu.” Lagu tersebut sebenarnya adalah percubaan pertama saya untuk meneroka industri muzik, walaupun ia tidak diterima dengan baik pada awalnya. Bagaimanapun, saya tidak takutkan cabaran. Saya menerima setiap kritikan sebagai pendorong untuk memperbaiki diri dan menjagi lebih baik. Saya menghadiri kelas vokal dan menerima panduan secara profesional. Saya bekerja keras dan mengharapkan peminat dapat menikmati album ini sepertimana saya gembira membikinnya untuk mereka!”- Fazura.

 
Fazura juga turut bekerjasama dengan beberapa penulis lagu dan lirik baru untuk album perdananya, termasuk penulis lirik yang pernah memenangi anugerah iaitu Shah Shamsiri melalui lagu ‘Only God Knows.’ Bahkan, Fazura turut menganggap lagu ini bersifat peribadi buat dirinya. Lagu ini turut dirakamkan dalam versi Bahasa Melayu dengan tajuk ‘Hanya Tuhan Yang Tahu.’
 
Fazura juga telah menerima Anugerah Emas daripada Universal Music Malaysia kerana pencapaian jualan albumnya sebanyak 5,000 unit ketika pelancaran albumnya.
 
Pemilihan Fazura Sebagai Duta Sahajidah Hai-O Marketing

Pada Khamis lalu, Sahajidah Hai-O Marketing, syarikat MLM terkemuka negara dan anak syarikat Kumpulan Hai-O, ssebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia semenjak tahun 1996 telah memilih Fazura sebagai duta produk Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd.
 

 
Selain mengumumkan pelantikan Fazura sebagai duta, Sahajidah Hai-O turut melancarkan produk terbarunya, Min Cha, minuman teh tarik yang mengandungi garam buluh asli dari Korea dengan tagline, “Drink like me, Drink like a celebri-tea.”
 
Pemililhan Fazura sebagai duta adlah seiring dengan visi Sahajidah Hai-O Marketing yang giat mengadakan kepelbagaian cabang perniagaan dengan menembusi industri fesyen serta menawarkan produk gaya hidup seperti koleksi beg tangan dan kasut yang diperbuat daripada kulit tulen. Fazura bakal memberikan nafas baharu kepada Premium Beautiful, siri pakaian dalam pembentukan badan adalah antara produk yang terlaris dan sinonim dengan nama Sahajidah Hai-O Marketing.