Drama ‘Abang Bomba I Love You’ Trending Setiap Hari

Watak anggota Bomba begitu dekat dengan Hisyam Hamid.

Drama yang menangkat profesion pakaian seragam selalunya hanya berkisar tentang pegawai polis. Namun kali ini drama ‘Abang Bomba I Love You’ yang berkisar tentang lelaki yang bekerja sebagai bomba menjadi trending setiap hari.

abang bomba i love you

Drama terbaru adaptasi novel ‘Abang Bomba I Love You’ karya Mia Kiff Azlisha diterajui pelakon kacak kelahiran Singapura, Hisyam Hamid dan bintang Akademi Fantasia, Amira Othman ini telah mula ditayangkan pada 12 September lalu. Ironinya, Hisyam sebenarnya pernah bekerja sebagai anggota¬†bomba selama lapan tahun di Singapura sebelum menjadi pelakon.

Thanks for covering! ūüöí @officialhlive #abangbombailoveyou #abily #hisyamhamid

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on

Menurut Hisyam dia amat teruja ketika menerima tawaran watak tersebut pada Februari lalu kerana ianya sedikit sebanyak mengimbau kenangan dan melepaskan rindu menyarung pakaian seragam bomba. Malah dia sanggup menolak satu lagi tawaran lain kerana mahu membawakan watak Rayqal ini.

abang bomba i love you

Sementara itu penyanyi Amira Othman membawakan watak gadis remaja bernama Lily yang jatuh cinta kepada Rayqal kerana lelaki itu sering menyelamatkannya. Namun Rayqal hanya menganggap Lily seperti adiknya sendiri. Penyanyi lagu ‘Hati-Hati’ ini sering menerima ratusan komen positif di Instagram setiap kali Amira memuat naik foto di set penggambaran drama ‘Abang Bomba I Love You’. Malah drama tersebut sering menjadi trending di Twitter setiap kali ke udara.

Drama¬†‘Abang Bomba I Love You’ 16 episod ini ditayangkan setiap hari¬†Isnin-Khamis bermula jam 10 malam di saluran¬†Astro Ria & Astro Ria HD. Ianya turut dibintangi oleh pelakon baru¬†Nadya Syahera¬†dan¬†Jaslin Puasa.

Foto: Instagram.com/Hisyamhamid