Datin Sri Nur Shahida Hiasi Jelita Edisi Mac 2018

Intipati edisi Mac yang makin bergaya dan berilmu!

Ikuti temu bual eksklusif bersama Datin Seri Nur Shahida, isteri kepada jutawan produk kecantikan D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris!

Bagaimana wanita hebat ini melayan kerenah suaminya yang amat dicintai dan apa yang membuatnya amat mengkagumi lelaki berkenaan. Selain itu, Jelita turut bertanyakan mengenai rezeki anak yang makin bertambah serta dua anak angkatnya yang comel itu.

#JelitaPrihatin kembali tahun ini dengan mesej lebih menyengat mengenai Pemangsa Seksual Dalam Talian yang makin terbuka menjerat mangsa terutama remaja dan kanak-kanak di bawah usia. Ikuti petanda, cara pemangsa memasang perangkap dan wawancara dengan banduan yang pernah melakukan taktik ini hingga dia kini meringkuk di penjara.

Galeri Cantik menyentuh mengenai penjagaan rambut selain potongan rambut paling bersesuaian mengikut bentuk muka, menurut pandangan jurudandan selebriti, Ckay Liow. Tampil menawan dengan enam cadangan gaya yang lengkap buat ibu millennia untuk tampil lebih anggun dan terkini.

Anda boleh menangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM27,000 di dalam edisi ini. Jangan terlepas peluang keemasan, manalah tahu kali ini anda yang bertuah!

Jom saksikan video di belakang tabir sesi penggambaran bersama Datin Seri Nur Shahida.