Busana Pengantin Yuna Jadi Topik Hangat Netizen

Ini dia busana pengantin yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat untuk selebriti antarabangsa, Yuna di hari perkahwinannya. Cantik sangat!

Sudah seminggu selebriti bertaraf antarabangsa, Yuna melangsungkan perkahwinan bersama cinta hatinya Adam Sinclair namun majlis perkahwinan selebriti itu masih menjadi bualan netizen.

Yuna dan Adam Sinclair yang juga adik kepada selebriti Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair telah selamat diijabkabulkan pada 26 Januari yang lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

Majlis pernikahan Yuna mula menjadi bualan netizen apabila menggunakan konsep pergunungan dan pelamin nikahnya telah menjadi tarikan sepanjang majlis itu berlangsung.

Tidak ketinggalan juga busana pengantin yang digayakan oleh penyanyi lagu Crush itu yang turut menjadi bualan hangat netizen sehinggakan ia tular di media sosial.

Sudah menjadi lumrah, ada yang memuji rekaan busana pengantin itu dan ada juga yang mengkritik rekaan busana pengantin Yuna dengan mengatakan rekaan itu bukanlah sesuatu yang baru dan pernah dihasilkan oleh pereka lain sebelum ini.

Tidak cepat melatah, Yuna telah membalas di ruangan komen akaun Instagram miliknya. Dia meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap pihak berkenaan yang disifatkan sebagai melampau. Dia turut mencabar pihak tersebut untuk membuktikan kepakaran mereka dalam bidang fesyen.

Bagaimanapun, Jelita tetap kagum dengan rekaan busana pengantin Yuna yang tampak ringkas namun masih memperlihatkan rekaan yang cantik dan elegan. Bukan mudah untuk mencari kain dan mereka busana pengantin. Ia memerlukan tenaga, usaha dan masa yang banyak. Oleh itu, jangan mudah untuk menilai luarannya tanpa menilai usaha untuk menyempurnakan busana ini.

1 of 32

Baju Nikah

Baju nikah yang digayakan oleh Yuna ini telah direka oleh pereka terkenal iaitu Hatta Dolmat. Kain yang digunakan adalah daripada fabrik renda. Fabrik renda itu adalah hadiah hantaran pertunangan daripada Adam Sinclair kepada Yuna. Busana ini turut menggabungkan fabrik renda bercorak bunga daripada butik Mood, Los Angeles. Busana ini direka dengan menggabungkan elemen kebaya mandarin dengan potongan leher V bersama rekaan gaun moden menyerlahkan lagi aura anggun kepada si pemakai.

1 of 32

Baju Nikah