Anak Que Haidar Dan Linda Jasmine Sering Dapat Perhatian

Keletah comel mencuri hati netizen.

Dua anak perempuan pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine sering menjadi perhatian kerana keletah mereka yang comel. Menerusi Instagram Que Haidar, dia rajin melayan mereka dengan memuatnaik video lucu bersama.

anak que haidar dan linda jasmine

Que Haidar atau nama penuhnya Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar, 37 dikurniakan dua anak perempuan iaitu Ratu, 6 dan Cleopatra, 4 hasil perkongsian hidup bersama guru tari profesional, Linda Jasmine. Mereka yang medirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 itu mengakui kedua puteri mereka sangat manja.

anak que haidar dan linda jasmine

Menurut Linda dia sebelum ini memang mengimpikan anak perempuan sebelum berkahwin dengan Que Haidar. Malah dia mengakui pantang melihat aksesori kanak-kanak kerana dia pasti akan membelikannya untuk Ratu dan Cleopatra.

anak que haidar dan linda jasmine

Sementara itu, Ratu dan Cleopatra dilihat amat rapat dengan Que dan pelakon itu sering melayan keletah anak-anaknya. Ratu gemar bergaya seakan-akan model dan Cleopatra pula lincah dan petah bercakap. Jika dilihat sekali imbas, Que kelihatan seperti abang mereka apatah lagi dia sentiasa awet muda.

Dalam pada itu, sebelum ini Que pernah membuat pengumuman mahu berhenti daripada berlakon sekitar tahun 2010. Kemudian dia kembali meneruskan bidang yang diminatinya ini tetapi akan meneliti terlebih dahulu sebarang watak yang ditawarkan. Que juga dilaporkan menjadi pensyarah di sebuah kolej swasta dan dia juga Linda pernah bersama-sama menjadi tenaga pengajar di Akademi Fantasia musim ke-10. Dalam perkembangan terbaru mengenai Linda, dia masih lagi menerima tawaran menjadi guru tarian di Akademi Fantasia termasuk musim terbaru yang kini sedang bersiaran di Astro Ria.

Foto: instagram.com/quehaidarofficial