Amy Mastura Kembali Dengan Single Terbaru ‘Kalimah’

Puteri Pop tanahair, Amy Mastura kini kembali dengan single terbaru berjudul 'Kalimah'.

amy-mastura
 
Puteri Pop tanahair, Amy Mastura kini kembali dengan single terbaru berjudul ‘Kalimah’.
 
Penyanyi yang sentiasa ceria ini pernah popular dengan lagu Sha Na Na dan bakal mewarnai industri muzik tanahair dengan lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer berbakat, Ardiv Jauhari.
 
‘Kalimah’ adalah sebuah lagu balada yang menceritakan tentang kata-kata yang sering diucapkan dalam kehidupan seharian. Lagu ini sememangnya sinonim dengan Amy Masura.
 
Lagu ini memiliki lirik yang ringkas dengan melodi diadun bersahaja dan kedengaran matang sesuai dengan imej Amy yang sekarang. Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia.
 
Amy juga turut berasa teruja dengan pembikinan single terbaru ini dan dia juga sangat berpuas hati dengan penghasilan single ini kerana dia sudah lama mengimpikan lagu yang menggambarkan jiwanya masakini. Walaupun lagu ini kedengaran agak ringkas, namun ia membawa maksud yang mendalam dan Amy berharap setiap insan yang mendengarkan lagu ini akan memahami maksud yang cuba disampaikan.
 
Video muzik ‘Kalimah’ kini boleh ditonton di laman sesawang YouTube dan penonton pasti akan kagum dengan keindahan alam semulajadi yang dipaparkan. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.