Adakah Ain Edruce Hanya Untuk Miller Khan?

Melissa nekad untuk meninggalkan Ardiansyah kerana tidak mahu hatinya terluka buat kali kedua. Bagi Ardiansyah, perpisahan kedua ini bagaikan membuka luka lama kerana cinta yang tidak direstui oleh si Ibu.

Melissa (Ain Edruce) nekad untuk meninggalkan Ardiansyah (Miller Khan) kerana tidak mahu hatinya terluka buat kali kedua. Bagi Ardiansyah, perpisahan kedua ini bagaikan membuka luka lama kerana cinta yang tidak direstui oleh si Ibu sehinggakan dia membawa diri ke Jakarta.
 

Gambar: Blu Inc Media


 
Sinopsis Episod Tiga

Adriansyah sedar perubahan wajah Melissa selepas dia menerima panggilan daripada ibunya. Mereka berpisah lima tahun lalu kerana hubungan mereka tidak mendapat restu sang ibu. Ardiansyah patuh dengan perintah ibunya tetapi dia mengambil keputusan menjauh ke Jakarta. Selepas berpisah dengan ayahnya, ibu Adriansyah kembali pulang ke Malaysia.
 
Bagi Melissa, dia menyesal berlembut hati menerima undangan Ardiansyah. Panggilan telefon ibu lelaki itu seolah-olah isyarat atau peringatan pada dirinya. Melissa tidak mahu terluka buat kali kedua. Dia tidak lagi melayan panggilan Ardiansyah. Sehinggalah Ardiansyah terpaksa menunggunya di luar bangunan. Mereka bersemuka dan Melissa berkeras undur diri.
 
Bersambung…
 
Ikuti episod ketiga Inspirasi Cinta di bawah. Untuk menonton episod penuh, layari laman sesawang, www.inspirasi-cinta.com
 

 
Sesuatu bakal menemui anda pada bermula 9 April ini di Pavilion, Kuala Lumpur yang dibawakan khas oleh Blu Inc Media Sdn Bhd. Seiring dengan itu, enam majalah Bahasa Melayu di bawah naungan Blu Inc Media iaitu, EH! Cosmopolitan, Glam Malaysia, Glam Lelaki, Glam Deko dan Majalah Jelita mempersembahkan drama mini khas yang menampilkan gandingan hebat Miller Khan dan Ain Edruce. Mini siri ini mempunyai empat episod semuanya. Nantikan episod empat Inspirasi Cinta tidak lama lagi.