3 Cara Merawat Rahim Jatuh

Ketahui cara untuk merawat rahim jatuh

Rahim jatuh atau Uterine Prolapse berlaku apabila rahim tidak lagi berada pada kedudukan yang normal di dalam faraj. Bagi wanita yang mengalami masalah rahim jatuh peringkat awal dan tidak mengganggu rutin seharian, mereka tidak memerlukan rawatan agresif. Mereka digalakkan untuk melakukan senaman kegel, iaitu seolah-olah mengemut. Tahan selama mana yang mampu sebelum melepaskannya. Ini amat membantu menguatkan kumpulan otot yang menyokong rahim.

02g60439

Kaedah rawatan lain yang boleh dilakukan ialah:

  • Gegelang

Gegelang digunakan untuk menyengkak peranakan supaya tidak jatuh ke dalam faraj. Bagi wanita yang masih muda dan inginkan anak atau mereka yang sudah putus haid tetapi memilih untuk tidak menjalani pembedahan pasti inginkan kaedah rawatan ini. Ada pelbagai saiz gegelang, perlu dipakai setiap hari dan dicuci setiap tiga hingga empat bulan sekali.

  • Pembedahan

Pembedahan histerektomi (buang rahim) adalah pilihan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah menopaus dan mempunyai tahap kesihatan yang bagus. Pada masa sama, pembedahan pada dinding depan dan belakang faraj boleh dilakukan serentak jika perlu. Namun, wanita yang sudah putus haid tetapi tidak mempunyai tahap kesihatan yang bagus, tidak sesuai menggunakan gegelang. Dan jika tiada keperluan seksual, pembedahan kecil boleh dilakukan dengan menjahit kedua-dua bibir faraj untuk menghalang peranakan daripada turun. Hanya lubang kecil dibiarkan untuk membolehkan mereka membuang air kecil.

  • Bersenam

Aktiviti ini baik untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita Malaysia. Panduan untuk melakukan senaman atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar fisioterapi anggota di hospital atau di klinik swasta.

Ini sangat penting kerana jika dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan untuk kembali ke bentuk asal seperti sebelum hamil dapat dicapai dan boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan gangguan yang dikaitkan dengan rahim jatuh. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan senaman tertentu.