Dari Drama Farid Kamil ke Sofi Jikan, Isu Dadah Realiti Pahit Di Sebalik Dunia Glamor Showbiz

Jadi popular nyata tidak semudah disangka. Ini  terutama apabila sebahagian selebriti berperang dengan raksaksa di dalam diri tetapi pada masa...
1 of 6

Showbiz, dunia anganan dengan impian indah yang ditaburi kemewahan, kekuasaan dan nama. Segalanya perlu tampil sempurna sampai sering buat kita terlupa bahawa selebriti juga manusia biasa.

Dan sebagai manusia, selebriti yang dianggap Raja dan Diva juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

dadah

Sebagai figura, terutama di era kegilaan media sosial yang mendedahkan selebriti  pada kecaman apabila pergerakan diawasi jutaan peminat 24 jam sehari yang dahagakan  post terkini menjadikan kehidupan peribadi mereka seolah-olah hak milik awam dan itu nyata cukup merengsakan.

Dan sering, dadah jadi jalan bagi melepaskan diri daripada realiti.

Malanglah apabila sampai terjadi seperti dalam kes kematian Kurt Cobain yang berdepan masalah ketagihan heroin selain depresi apabila frontman Nirvana itu yang hit lewat Smells Like Teen Spirit membunuh diri dengan menembak di kepala pada 5 April 1994. Dia berusia 27 tahun.

Jadi popular nyata tidak semudah disangka. Ini  terutama apabila sebahagian selebriti berperang dengan raksaksa di dalam diri tetapi pada masa sama berasa harus terus tampak seperti malaikat di mata masyarakat.

Berikut, disenaraikan Top 5 Kes Dadah Selebriti Tempatan Berprofil Tinggi:

Klik halaman sebelah >>

1 of 6