4 Amalan Cantik Kena Buat Sebelum Raya

Salon dan produk yang Editor Jelita telah cuba

Jika hendak kelihatan menawan Lebaran ini, kenalah ada sedikit usaha. Peruntukkan masa untuk perkhidmatan ini atau mengguna gajet kecantikan yang betul bagi mencapai kecantikan daripada hujung rambut ke kaki secara menyeluruh.

Cantik sebelum raya. Foto: Arkib Jelita

Baca ini juga: Cara Dapatkan Kulit Cantik & Berseri

1 of 4

Jom #RayaRose bersama The Nail Parlour

Hanya untuk Lebaran 2019, The Nail Parlour, pusat sehenti untuk rias kaki dan tangan menawarkan perkhidmatan itu yang mesra Muslim. Menggunakan produk dengan bahan semula jadi lagi menyihatkan, rias mesra Muslim ini menawarkan haruman manis madu dan minyak ros yang mewangi.

Bayangkan madu asli disapu ke tangan dan kaki anda untuk memberi khasiat yang unggul selain melembut dan memberi penghidratan pada kulit anda. Malah, kulit tangan dan kaki dibersihkan dengan skrub yang diseduh ekstrak minyak ros dan teh hijau, kaya vitamin C bagi menyingkir kulit mati.

Selain itu, tangan dan kaki direndam dengan air suam juga diurut untuk melegakan segala macam tekanan.

Kuku anda turut dirapi dan dibersihkan daripada kulit kering. Penutup riasan ini adalah layangan kisyen Aloe Rice Milk lengkap dengan urutan melegakan. Hasilnya, tangan, kaki dan kuku yang terasa lembut dan tampak bersih berseri.

Usai perkhidmatan, anda boleh memilih untuk melayang pewarna kuku, Orly yang mendapat pensijilan Halal. Selain itu, The Nail Parlour turut menggunakan penyingkir pewarna kuku Kester Black yang Halal dan diiktiraf mampu telus air juga penyingkir kutikel Kester Black yang Halal.

1 of 4