Bila Jenama Popular Raikan Merdeka

Coklat, tudung, tengok wayang dengan semangat Merdeka!

Bagi menyambut keraian Kemerdekaan yang ke-62, seronok betul melihat pelbagai kempen dan promosi bersertakan kisah yang berkisar kasihnya kepada Malaysia.

Jelita senaraikan jenama yang giat dengan kempen berjiwa kenegaraan sempena sambutan Hari Merdeka 2019 ini!

1 of 5

Coklat Durian Keluaran Cadbury

Untuk edisi terhad, Carbudry meraikan perisa Malaysia dengan pelancaran perisa Cadbury Milk Durian eksklusif hanya untuk pasaran negara ini. Lebih menarik, jenama ini bekerjasama sekali lagi dengan Datuk Lat, kartunis ikonik Malaysia yang mana ilustrasinya dipaparkan pada bungkusan produk terpilih Cadbury Dairy Milk.

“Perisa baharu ini membawa saya ke zaman di mana saya sering mengunjungi dusun durian bersama keluarga saya dan meluangkan masa bersama mereka menjamu selera Raja Buah ini. Ilustrasi saya sentiasa bermatlamat memaparkan cara kehidupan rakyat Malaysia dan kerja seni yang saya cipta untuk Cadbury Dairy Milk  menepati matlamat tersebut yang menampilkan nilai perkongsian dan kebersamaan rakyat Malaysia,’’ kata Lat.

1 of 5