10 Sebab iOS13 Bakal Mengujakan Hidup Anda

Nantikan kemunculannya, musim Luruh ini.

Dengan iOS13, 10 sebenarnya sedikit. Ciri terbaru upgrade untuk sistem gajet Apple ini amat banyak, bila mana iOS12 dikuburkan tidak lama saja lagi.

Imej: Depositphotos

Sesuatu yang begitu mengujakan! Apatah lagi saya adalah pengguna iPhone sejak lama dan melihatnya ‘membesar’ depan mata, sudah tentu setiapĀ upgrade yang diumumkan amat dinanti-nantikan.

Berkemungkinan pengenalan sistem baru ini seiring dengan kemunculan gajet genggam baru Apple yang biasanya dilancarkan sekitar suku terakhir setiap tahun, namun informasi tepat sudah semestinya tidak dikongsi kerana sudah menjadi dasar Apple untuk buat semua berspekulasi.

Membaca dan mendalami apa yang bakal menjelma bagi pengguna Apple, nampak gaya, sistem baru ini bakal memudahkan hidup. Di laman web rasmi Apple, cukup panjang senarai ciri gempak iOS13 ini.

Tetapi di ruangan ini, saya mahu kongsikan 10 ciri yang paling mengujakan:

1 of 8

  • Selain reka letak ‘berwajah’ baru, video yang anda rakam selepas ini bisa diedit dalam Photos! Suntingan termasuk memusing video berkenaan malah, anda boleh lapisi rakaman dengan filter yang anda sukai.

1 of 8