Hadiah Hebat JELITA – Mei 2018

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Sertai & Menang!

Untuk peluang memenangi hadiah-hadiah hebat ini, ikuti langkah langkah di bawah:
Dapatkan Jelita edisi Mei 2018 dan lengkapkan borang penyertaan yang disediakan.

Hantarkan borang penyertaan anda kepada:
Majalah Jelita, Marketing & Communications Department, Blu Inc Media
Lot 7, Jalan Bersatu 13/4, Seksyen 13, 46200 PJ

Semua pemenang akan diumumkan di laman web Jelita dan dihubungi melalui e-mel

Pevonia

Menangi 30 Baucar Daripada Pevonia Bernilai RM400 Setiap Satu!

Untuk membantu selesaikan sebarang dilema wajah, anda boleh mencuba perkhidmatan di Pevonia yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam bidang ini. Setiap produk yang digunakan mempunyai formulasi yang aktif dan selamat digunakan. Tambahan pula, produk Pevonia ini adalah antara yang pernah diiktiraf menerusi anugerah produk kecantikan sebelum ini. Perkhidmatan penjagaan kulit wajah yang ditawarkan daripada Pevonia ini, See The Real You menggunakan teknologi pencahayaan yang hebat dari Jerman. Ia mampu mengesan masalah kulit anda dengan tepat sekali dan memberikan menyelesaian yang terbaik untuk masalah itu. Pevonia mampu menyelesaikan masalah kulit luar biasa dengan memulihkan, meremajakan dan menyerikan semula kulit
wajah anda.

Ice-Watch

Menangi 7 Jam Tangan Ice-Watch Bernilai RM759 Setiap Satu!

Kerana masa itu emas, sentiasa berubah dan berlalu begitu sahaja, Ice-Watch kini memperkenalkan koleksi jam tangan baru yang direka secara klasik dengan daya ketahanan yang hebat. Koleksi bernama Ice Time ini direka dengan keluli tahan karat, berserta rekaan tali jam yang diperbuat daripada kulit. Terdapat pelbagai warna menarik yang ditawarkan untuk koleksi Ice Time ini, seperti, khaki, burgundy, kuning air, coklat dan hitam. Seperti koleksi yang lain, koleksi Ice Time menawarkan jam tangan untuk lelaki. Bagi model lelaki, jam tangan direka secara teliti dengan warna yang maskulin dan nombor yang terlantar di kaset agar mudah dibaca. Malah, bagi model wanita pula ada kas yang berwarna lembut seperti, emas mawar, coklat dan ungu. Justeru, koleksi ini melengkapi gaya feminin dan keanggunan pada pergelangan tangan anda.

Bella Youthbank

Menangi 15 Youth Bank Masker Bernilai RM340 Setiap Satu!

Remajakan wajah anda dengan melengkapi rutin kecantikan menggunakan rangkaian Bella Youth Bank Skincare. Jenama yang terkenal di Asia ini menawarkan rangkaian Time Invest Series yang terdiri daripada Revitaliser Time, Time Lock dan Time Reverse. Rangkaian ini bersesuaian bagi wanita yang menginginkan kulit wajah tampak lebih muda. Ia juga membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dan tanda penuaan. Selain itu, padankan dengan Time Lock yang berfungsi memperbaiki proses pembaharuan kulit anda selain mencerah dan meningkatkan penghasilan sel baru pada kulit wajah. Dengan cara ini, anda dapat memperlambatkan proses penipisan kulit. Tambahan pula, dengan Time Reverse Face Filler masker membantu menambahkan kelembapan dan melembutkam kedutan di kulit muka anda.