Daily Giveaway – July 2, 2018

WIN 13 sets The Body Shop Products worth a total of RM1,520.74!

1 of 2

Nikmati keunikan aroma pisang dengan produk terbaharu edisi terhad daripada The Body Shop, untuk penjagaan kulit serta rambut! Anda pasti akan terpesona dengan bauan kombinasi aroma pisang, dedaun pisang dan kelapa yang pasti akan membuat sesi mandian dan pelembapan kulit menjadi lebih menarik. The Body Shop Banana Hair Care Range pasti akan membuatkan rambut anda lebih terurus dan bersinar ditambahi dengan bauan manis buah-buahan tropika. Manakala losen edisi khas 100% Vegan Banana Body Butter dan Body Yogurt akan memberi kelembapan yang diingini pada kulit yang dapat dirasai sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, The Body Shop juga telah melancarkan Face Mists baharu yang dapat memberi hidrasi pada kulit muka anda tanpa merosakkan solekan. The Body Shop Hydrating Face Mists membantu memberi solusi mengikuti kondisi kulit terutama bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif; semburkan Face Mists dan kulit muka anda akan hidrat serta merta. Malah, terdapat berbeza Face Mists untuk mood yang berbeza, pilih antara 5 Face Mists inspirasi daripada formula alam semulajadi:

  • Mandarin Energising Face Mist untuk kulit lesu
  • Mint Mattifying Face Mist untuk kulit berminyak
  • Coco Calming Face Mist untuk kulit sensitif
  • Strawberry Smoothing Face Mist untuk kulit kelihatan lebih sihat
  • Rose Dewy Glow Face Mist untuk kulit kusam

 

1 of 2