7 Cara Mudah Untuk Buat Anak Berminat Pada STEM

Jelita kongsikan tujuh cara mudah untuk anda tanamkan minat pada STEM dalam diri anak anda.

Kebanyakan kanak-kanak lebih menggemari subjek fizikal seperti Pendidikan Sukan dan Jasmani dan jarang sekali mereka menyukai subjek yang berkaitan dengan sains , matematik dan subjek STEM yang lain. Sebagai ibu bapa, anda perlu cuba untuk mengubah pandangan anak anda mengenai STEM kerana mereka tidak mungkin akan mengalami kesukaran apabila memasuki sekolah rendah hinggalah mereka menjejak kaki ke menara gading. Jelita kongsikan tujuh cara mudah untuk anda tanamkan minat pada STEM dalam diri anak anda.

Gambar: Shutterstock

Apa itu STEM?

Sebelum anda cuba untuk menarik minat anak pada STEM, penting sekali untuk anda tahu apakah itu STEM. STEM adalah singkatan kepada subjek Sains (Science), Teknologi (Technology), Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (Mathematics). Subjek seperti Sains dan Matematik adalah antara subjek wajib di sekolah manakala untuk subjek teknologi mungkin ada dipraktikkan di sesetengah sekolah rendah. Namun STEM bukanlah satu mata pelajaran, ijazah atau program pendidikan. Ia lebih kepada konsep umum dan seringkali dimasukkan dalam kurikulum asas, walaupun subjek berkaitan teknologi dan kejuruteraan tidak begitu ditekankan di sekolah biasa.

Walaupun subjek STEM diajar secara khusus di sekolah, namun konsepnya sudah mengelilingi kehidupan seharian anak anda. Anda menggunakan matematik di kedai runcit, konsep kejuruteraan akan dipratikkan ketika anda mencari penyelesaian pada masalah seperti pemasangan rak buku atau sebagainya. Sains pula sering dikaitkan dengan memasak.

Cara Untuk Tarik Minat Anak Pada STEM

Libatkan Anak Anda Dalam Aktiviti Yang Melibatkan STEM Setiap Hari

Percaya atau tidak, STEM itu wujud di kehidupan seharian anda. Oleh itu, anda perlu galakkan penglibatan anak anda dalam aktiviti yang melibatkan STEM setiap hari. Inilah masanya untuk anda lihat bagaimana anak mengaplikasikan apa yang dipelajari di sekolah pada masalah sebenar. Ada banyak aktiviti yang boleh anda buat bersama anak anda untuk menarik minat mereka terhadap STEM. Antaranya;

  • Memasak
  • Bermain muzik
  • Membeli-belah
  • Membantu anda mengira perbelanjaan rumah
  • Berkebun
  • Menggunakan alatan atau mesin di rumah
  • Membaiki mainan atau barangan lain
  • Menggunakan aplikasi pendidikan atau telefon pintar
  • Menggunakan komputer

Berkunjung Ke Muzium

Gunakan masa di hujung minggu atau cuti sekolah untuk membawa anak anda ke muzim tempata untuk memberikan inspirasi kepada pembelajaran yang menyeronokkan tentang STEM. Muzium penuh dengan pameran mengenai perkara berkaitan STEM pada masa lalu dan sekarang. Tidak perlu hadkan pada Muzium Sains sahaja, anda boleh juga membawa anak anda ke muzium sejara yang menunjukkan contoh bermulanya kejuruteraan dan sains pada zaman dahulu. Manakala, akuarium dan zoo pula membolehkan kanak-kanak untuk mempelajari tingkah laku semula jadi haiwan di hadapan mereka.

Melakukan Eksperimen

Ubahkan dapur anda menjadi makmal sains supaya anak anda boleh mempraktikkan kemahiran STEM mereka untuk kegunaan yang baik. Anda mungkin terkejut dengan berapa banyak item atau bahan yang boleh berfungsi sempurna untuk melakukan eksperimen yang boleh dijumpai di dapur. Kanak-kanak mempunyai kemahiran hebat untuk melakukan eksperimen mereka sendiri dengan hanya menguji menggunakan item yang berbeza dan mencuba perkara yang berbeza dengan item tersebut.

Pergi Mengembara

Mengembara boleh menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri anak anda. Cuba untuk bawa anak anda keluar rumah dan mencari contoh STEM di kawasan sekitar. Berjalan di kawasan kejiranan anda adalah cara terbaik untuk memulakan pengembaraan bersama mereka. Jalan dengan perlahan dan tunjukkan perkara yang anda perhatikan pada anak anda seperti bunga yan mekar atau benih pada tumbuhan. Anda juga boleh meneroka di luar kawasan perumahan anda seperti di taman, kawasan mendaki atau lokasi yang sesuai untuk dijelajah. Bawa beberapa barang semula jadi yang ditemui untuk menyiasat lebih banyak mengenainya apabila anda pulang ke rumah.

Menyelesaikan Masalah

Jika rumah anda mengalami kebocoran atau mungkin mengalami masalah lain, anda boleh menggalakkan anak anda untuk mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan tersebut. Idea ini adalah untuk melibatkan kanak-kanak dalam teknik penyelesaian masalah daripada membetulkan masalah tersebut. Cara ini juga dapat meringankan beban kerja rumah anda dengan bantuan anak.

Mereka Atau Membina Bersama

Membina dan mereka adalah aktiviti yang paling digemari kanak-kanak. Aktiviti mainan mudah itu menggunakan prinsip STEM untuk menjadikannya sebagai pendidikan kerana ia menyeronokkan. Kumpulkan beberapa bekalan membina yang berbeza untuk menjadikan aktiviti ini lebih menarik. Antara bahan yang boleh anda gunakan ialah LEGOS, blok kayu, kiub magnet dan kotak kosong. Sesetengah kanak-kanka suka mengikuti arahan mengenai perkara seperti set LEGO. Galakkan mereka untuk mencuba membina ciptaan mereka sendiri. Buat maze dengan melampirkan kepingan LEGO di atas permukaan rata yang besar atau bina kereta LEGO dan ujinya di jalan. Ini menggalakkan pemikiran kreatif dan menyelesaikan masalah. Ia juga boleh membantu kanak-kanak menjadi lebih fleksibel dalam pemikiran mereka dan lebih mahir melihat perkara dengan cara yang berlainan dengan kegunaan yang berbeza.

Beli Gajet Berkaitan Dengan STEM

Daripada anda membazir duit membelikan anak anda lebih banyak mainan yang cepat membosankan, belikan mereka dengan mainan yang berkaitan dengan STEM. Alat itu akan membantu mereka untuk menerapkan kemahiran STEM dan menjadi lebih ingin tahu. Kumpulkan beberapa item, dan masukkannya ke dalam bekas yang besar supaya anda dapat mengeluarkannya dengan mudah apabila anda merasa seperti meneroka bersama anak anda. Anda boleh cuba mempertimbangkan barangan ini;

  • Teleskop
  • Mikroskop
  • Kanta pembesar
  • Kit Binaat
  • Tangram
  • Teka-teki 3D (puzzle)
  • Kit eksperimen sains
  • Buku eksperimen sains
  • Permainan papan sains
  • Maze marmar (marble maze)
  • Litar
  • Tabung uji
  • Skala
  • Pemberat