Tip Keselamatan Untuk Kanak-Kanak Dan Remaja Gunakan Sosial Media

Kanak-kanak dan remaja dikenali sebagai golongan individu yang mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka. Justeru itu, tidak mustahil jika ada banyak kes jenayah yang berlaku di internet melibatkan golongan ini kerana mereka bebas meneroka apa saja maklumat yang mereka ingin ketahui atau membuat janji temu dengan sesiapa sahaja di laman maya tanpa pemantauan daripada ibu bapa. Jika anda menghalang mereka daripada menggunakan sosial media, sudah pastinya mereka akan memberontak dan ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan.

tip keselamatan untuk kanak-kanak dan remaja gunakan sosial media

Gambar: Shutterstock

Jalan yang lebih selamat adalah dengan mendidik mereka dengan aspek keselamatan sekiranya mereka ingin menggunakan sosial media mahupun aplikasi chat. Dengan ini, anda boleh membenarkan mereka untuk melayari internet tanpa perlu rasa risau dengan keselamatan mereka. Jelita kongsikan tip keselamatan untuk kanak-kanak dan remaja gunakan sosial media yang perlu anda tahu.

  • Jaga kerahsiaan profil, maklumat peribadi, gambar dan aktiviti serta hadkan akses kepada teman rapat sahaja.
  • Pastikan identiti mereka yang meminta untuk menjadi rakan anda dan jangan terima mereka yang anda tidak kenali sebagai rakan.
  • Jangan terlalu mempercayai kata-kata orang yang tidak dikenali
  • Berfikir sebelum memuatnaik kandungan
  • Jaga kerahsiaan kata laluan anda
  • Sentiasa mengemaskini setting tetapan akaun dan profil anda
  • Semak reputasi dalam talian anda
  • Fikirkan akibat di masa hadapan.