Siri Animasi ‘Mickey Go Local’ Ketengahkan Budaya Malaysia Dan Singapura

Jangan lupa tonton "Mickey Go Local" di saluran Disney

Peminat di Asia Tenggara kini boleh menonton karakter klasik kegemaran iaitu, Mickey, Minnie, Donlad, Daisy dan Goofy dalam siri animasi pendek “Mickey Go Local.” Lihat karakter kesayangan anda menerokai makanan, pakaian tradisional dan seni bina ikonik dua negara terkenal iaitu Malaysia dan Singapura.

Animasi dengan enam bahagian itu akan memperlihatkan karakter kegemaran ramai tersebut di suasana yang diinspirasikan oleh kebudayaan dan kesenian Asia Tenggara. Dari menonton aksi lucu Mickey dan Donald sebagai penjaja jalanan tempatan kepada Minnie yang mencuba beberapa hidangan pedas yang enak. Animasi pendek “Mickey Go Local,” melihatkan watak Disney buat pertama kali menikmati persona Asia Tenggara.

Mewujudkan nilai persahabatan, keyakinan dan keseronokan, siri ini ditujukan kepada kanak-kanak dan juga seluruh keluarga. Peminat kini boleh menyaksikan bahagian pertama animasi ini, “Master Hawker” di halaman YouTube Saluran Disney. Siri ini akan dimuatnaik setiap bulan sehingga Januari 2020 di semua media media sosial Saluran Disney (Facebook, YouTube, Instagram). Setiap episod akan disiarkan selama dua minit.

Animasi pendek ini diwujudkan untuk menyokong dua tahun “Mickey Go Local,” inisiatif di Singapura dan Malaysia yang merangkumi barisan produk merentasi pakaian, barangan rumah dan juga aksesori. Peminat juga boleh menyertai aktiviti pusat membeli-belah di dunia negara ini:

  • Singapura:

Dari 6 Ogos hingga 8 September “Jalan-Jalan dengan Mickey & Friends” di lapan pusat membeli-belah. Aktiviti yang diadakan adalah peluang berfoto, pengalaman interaktif, sesi beramah mesra dengan Mickey Mouse dan Minnie Mouse.

  • Malaysia:

Bermula sekarang sehingga 16 September, “Jom Jalan-Jalan dengan Mickey & Friends,” di pusat membeli-belah di seluruh Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuantan. Aktiviti termasuklah peluang berfoto, pengalaman interaktif, permainan, kawasan runcit, dan bertemu dengan karakter kegemaran ramai, Mickey Mouse.