Raikan Ulang Tahun Ke 50 Sesame Street Bersama Karakter Kegemaranmu

Jom jumpa karakter Sesame Street kegemaran anda

Sempena musim cuti sekolah ini, ambil peluang untuk bertemu dengan karakter Sesame Street kegemaran ramai di the Curve, Mutiara Damansara. Sempena dengan ulang tahun ke 50 Sesame Street yang sering menghiburkan penonton di seluruh dunia, sebuah sambutan istimewa dan ekstravaganza yang lengkap dengan aktiviti, persembahan serta hadiah menarik dan menyeronokkan akan di adakan di the Curve.

Bermula dari 22 sehinga 31 Mac, kawasan Centre Court pusat membeli-belah ini akan diubah menjadi sebuah dunia permainan buat kanak-kanak dan peminat Sesame Street. Pelbagai aktiviti disediakan untuk dijadikan pilihan. Mereka boleh melompat di atas inflatable playland Sesame Street yang pertama di Malaysia dan turut berpeluang untuk beramah mesra dengan Elmo, Cookie Monster, serta Bert dan Ernie.

Anak-anak anda  juga boleh menyertai aktiviti pengembaraan yang menawarkan hadiah Sesame Street yang cukup istimewa. Apa yang perlu dilakukan adalah mengambil bahagian dalam sebuah misi yang turut memberikan mereka pengetahuan dan juga keriangan. Pengunjung boleh menyertai misi ini dengan membelanjakan minimum RM50 untuk menebus buku aktiviti atau membeli buku aktiviti tersebut.

Terdapat banyak stesen aktiviti yang disediakan untuk anak anda pilih berdasarkan minat mereka seperti aktiviti mewarna, teta-teki carian perkataan dan juga misi memburut harta karun. Para pengunjung yang muda mahupun yang berjiwa muda turut dapat menyaksikan persembahan tarian istimewa dengan menampilkan tetamu istimewa iaitu Elmo, Cookie Monster, Bert dan Ernie! Pertunjukan akan berlangsung pada hujung minggu pada jam 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang , 6 petang dan 8 malam.

Dapatkan juga ganjaran menarik apabila anda membeli-belah di the Curve. Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM200 dalam maksimum dua resit akan layak untuk menebus bekas air eksklusif Sesame Street.

Masih banyak lagi ganjaran menanti anda! Peminat Sesame Street boleh memiliki barangan istimewa Sesame Street seperti bekas makanan, set alat tulis dan beg galas yang boleh dibeli di Centre Court sepanjang promosi ini berlangsung.

Ketahui lebih lanjut tentang aktiviti dan persembahan yang akan berlangsung semasa cuti sekolah bulan Mac ini dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari laman web the Curve, Instagram the Curve atau Facebook the Curve.