Pantang Larang Yang Perlu Dipatuhi Jika Anak Menghidap G6PD

Jelita kongsikan beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi jika anak menghidap G6PD

Penyakit G6PD sering menjadi bualan ibu bapa kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan, hospital akan menjalankan ujian saringan untuk mengesan penyakit ini dan jika bayi anda menghidap penyakit kekurangan G6PD, maka ada beberapa langkah penjagaan yang perlu dilakukan pada diet seharian anak dan juga pengambilan ubat yang sesuai. Jelita kongsikan beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi jika anak menghidap G6PD.

Gambar: Shutterstock

Apakah itu G6PD?

G6PD adalah nama singkatan bagi enzim ‘glucose-6-phosphate-dehydrogenase.’ Enzim ini sangat penting bagi fungsi tubuh manusia terutama dari segi pembuatan sel darah merah baru dan penghasilan tenaga daripada karbohidrat. Enzim ini juga penting untuk melindungi dan melawan jangkitan daripada menyerang sel darah merah. Kekurangan G6PD akan menyebabkan seseorang tidak dapat menghasilkan sel darah merah secara normal.

Simptom

Kanak-kanak tidak akan menunjukkan sebarang simptom G6PD melainkan apabila terdedah kepada pencetusnya. Hemolisis (sel darah merah pecah) akan berlaku dan menyebabkan pesakit kekurangan darah. Oleh itu, bayi baru lahir yang disahkan menghidap penyakit ini perlu dipantau dalam wad kerana mereka berpotensi untuk mendapat penyakit kuning.

Antara simptom G6PD adalah:

  • Kelihatan pucat
  • Tidak bermaya atau keletihan yang teramat
  • pening
  • degupan jantung laju
  • sukar bernafas
  • jaundis (kekuningan)- ini boleh dilihat pada mata putih atau kulit, warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Pantang Larang Yang Perlu Dipatuhi

Elakkan anak anda daripada bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Antaranya:

  • Kacang parang/ pava beans/ kacang itik
  • Ubatan farmasi. Ubat selsema, demam dan batu. Anda perlu rujuk doktor dahul sebelum berikan anak anda ubat yang dibeli.
  • Senarai antibiotiks. Anda perlu beritahu doktor sekiranya anak anda menghidap G6PD
  • Penyembur serangga
  • Lingkaran nyamuk kerana ia mengandungi pyrethium
  • Ubat gegat kerana mengandungi napthalene
  • Nila
  • Buahan masam seperti oren atau nenas
  • Bau cat
  • Makanan yang ada pewarna tiruan methylene, toluidine blue dan sulfida
  • kacang soya
  • Produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang atau produk kacang
  • Asid askorbik tiruan dalam vitamin C
  • Gula-gula, makanan berperisa menthol
  • Ubat anti-malaria
  • Ubat sakit kepala seperti paracetamol kerana mengandungi thylenol