Move It Bersama Madagascar The Musical Di Kuala Lumpur

Bawa anak anda untuk tonton Madagascar The Musical cuti sekolah ini

Berdasarkan animasi terkenal daripada DreamWorks, “Madagascar The Musical” kini bakal menuju ke Kuala Lumpur pada 5 Disember sehingga 8 Disember ini! Sertai Alex si singa, Marty si zebra, Melman si zirafah dan Gloria si badak air ke sebuah pengembaraan menyeronokkan ketika  mereka melarikan diri dari rumah mereka di Central Park Zoo, New York dan masuk ke dalam dunia madcap Raja Julien yang lucu.  Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara untuk menjadi tuan rumah untuk penerbitan DreamWorks Antarabangsa; Madagascar The Musical.

Madagascar The Musical ini menampilkan kisah Alex si Singa sebagai tarikan utama di Central Park Zoo, New York. Dia dan rakannya telah menghabiskan seluruh hidup mereka di hadapan orang ramai, mula mencari tahu apa yang ada di sebalik tembok zoo tersebut. Rasa ingin tahu ini timbul dalam diri Marty si zebra dan bertindak melarikan diri dari zoo ke kota yang akan membawa mereka ke pengembaraan liar dan terus ke dunia licik, Raja Julien iaitu Madagascar.

The Plenary Hall di KLCC akan diubah menjadi dunia hutan berwarna-warni di PulauMadagascar dengan prop dan latar belakang yang sama seperti filem animasi tersebut. Anda juga dapat melihat watak penguin kegemaran ramai, Skipper, Kowalski, Rico dan  Private kerana mereka juga akan menyertai haiwan lain dalam pengembaraan yang menyeronokkan ini. Anda sekeluarga akan disajikan dengan persembahan, tarian, jalan cerita dan muzik yang pasti akan buat anda mahu, “move it, move it!”

Muzikal ini dihasilkan di United Kingdom dengan kerjasama DreamWorks, Madagascar The Musical akan menampilkan lagu ikonik seperti “I Like To Move It, Move It: dan lagu baru yang pasti akan memastikan penonton berjoget bersama.

Untuk maklumat lanjut tentang muzikal, pelakon dan tempat untuk mendapatkan tiket, anda boleh lawati laman sesawang Milestone Entertainment atau halaman Facebook. Inilah masanya  untuk anda sertai pengembaraan liar ini.

Tarikh: 5 hingga 8 Disember  2019

Tempat: Plenary Hall, KLCC

Harga Tiket: RM498 (Premium) | RM368 (VIP) | RM268 (CAT A) | RM188 (CAT B) | RM98 (CAT C)

*Harga tiket adalah tertakluk kepada bayaran tiket RM 4