5 Tanda Perubahan Anak Mungkin Mangsa Seksual

Jika anda terlihat perubahan ketara dalam anak anda, mereka mungkin telah diganggu secara seksual.

Sejak kecil, kanak-kanak sering diberitahu untuk tidak mengikuti individu yang tidak dikenali atau mengambil gula-gula daripada mereka kerana bimbang akan diculik. Kebanyakan ibu bapa menganggap bahawa bahaya hanya datang daripada individu asing yang tidak dikenali dan tiada talian persaudaraan. Ia memang benar namun majoritinya risiko pencabulan berlaku apabila bersama dengan individu yang dikenali.

Menurut Puveshini Rao, Pakar Psikologi Klinikal di Rekindle Centre for Systemic Therapy jenayah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mengenali kanak-kanak ini termasuk ibu bapa, saudara mara, kawan keluarga, guru dan juga rakan. Ramai yang tidak tahu jenayah ini bukan hanya melibatkan anak perempuan, malah anak lelaki juga. Ibu bapa tidak perlu takut dan perlu tahu bagaimana untuk menghentikannya daripada berlaku.

“Laporan mengenai jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia menunjukkan bahawa 73 peratus dilakukan individu yang dikenali kanak-kanak berkenaan. Peratusan ini berada di tahap yang membimbangkan. Terdapat juga beberapa kes yang dilakukan oleh orang asing. Ia menunjukkan bahawa ibu bapa bukan hanya perlu risau akan orang asing malah individu di sekeliling mereka,” kata Puveshini.

Zaman ini, kanak-kanak lebih mahir menggunakan teknologi. Jadi mereka lebih terdedah kepada bahaya dalam talian dan mudah untuk grooming berlaku. Sebagai ibu bapa, pastikan anda sentiasa ada untuk mereka. Jika anda terlalu sibuk bekerja, maka mereka hilang tempat untuk mengadu dan mungkin bertindak melakukan perkara yang tidak diingini.

Sebagai ibu bapa, ambil tahu tentang perihal anak anda kerana kita kini berada di zaman yang berbeza daripada dahulu. Peka dengan keadaan anak dan jangan terlalu cuba untuk mengawal hidup mereka. Terdapat banyak bahan dalam talian yang boleh memberikan maklumat kepada anda. Lengkapi anak dengan maklumat yang boleh menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah seksual.

Jika anak anda sudah menjadi mangsa jenayah seksual, pasti akan berlaku perubahan dalam diri mereka. Ibu bapa harus mengambil perhatian tentang perilaku anak anda. Mengikut Puveshini Rao, berikut perubahan yang mungkin berlaku.

1 of 5

Menjadi Pendiam

Mungkin bagi sesetengah ibu bapa ini adalah perubahan positif kerana anak lebih mudah dikawal namun sebaliknya mungkin berlaku sesuatu yang mungkin anda sendiri tidak jangka. Anak menjadi pendiam dan lebih suka memencilkan diri dalam bilik daripada keluar bergaul.

1 of 5