Kembali Ke Sekolah Dengan Bata Malaysia

Dapatkan tawaran kasut sekolah menarik di Bata Malaysia

Kasut adalah item paling penting untuk kanak-kanak yang sedang bersekolah. Selain menawarkan keselesaan, ia juga tahan lama unutk bertahan sepanjang tahun persekolahan. Oleh itu, Bata Malaysia memperkenalkan rangkaian kasut sekolah yang boleh memenuhi semua keperluan, keutamaan dan juga belanjawan melalui koleksi Kembali Ke Sekolah 2018.

Selain daripada koleksi yang sedia ada, Bata turut menawarkan beberapa produk rangkaian terbaru . Salah satu daripadanya adalah siri North Star yang ringan. Siri ini menawarkan keselesaan , direka menggunakan bahan ringan dan dilengkapi dengan cengkaman untuk memberikan kestabilan.

Rangkaian B-First turut memperkenalkan produk baru, Magnetico. Kasut ini dilengkapi dengan tali klik magnetik yang memudahkan anak untuk memasang dan menanggalkan kasut tersebut. Kasut ini juga turut dilengkapi dnegan kusyen tambahan untuk memberikan keselesaan dan juga fleksibiliti yang dipertingkatkan untuk menyokong pergerakan kaki.

Di bawah rangkaian B-First, terdapat juga siri Hyperfoam BeLite. Kasut ini adalah antara kasut sekolah yang paling maju. Siri inovatif ini menawarkan rekaan yang menarik. Ia menggunakan fabrik yang memudahkan kaki anak anda bernafas, selesa dan fleksibel. Oleh itu , ia sesuai untuk penggunaan yang lebih lama.

Selain itu, Bata juga turut menawarkan koleksi kasut sekolah dalam dua warna iaitu hitam dan putih, di bawah jenama kartu popular seperti Hello Kitty dan watak animasi tempatan terkenal, Ejen Ali.

Menurut Kementerian Pendidikan, pemakaian kasut berwarna hitam oleh murid serta pelajar di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 2021.

Bersempena dengan musim Kembali Ke Sekolah, Bata menawarkan dua tawaran istimewa untuk anda. The Black Combo menawarkan dua pasang kasut sekolah Bata warna hitam pada harga hanya RM79 manakala anda yang memilih kasut warna putih akan menerima potongan 20 peratus untuk sepasang kasut dan menerima potongan sebanyak 30 peratus apabila anda membeli dua atau lebih.

Bata juga menawarkan tawaran Smart Offer di mana jika anda membeli dua pasang kasut sekolah, anda berpeluang membeli beg North Star eksklusif dengan harga serendah RM39 (Harga asal ialah RM59.99).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang koleksi terbaru Bata, anda boleh ikuti Bata Malaysia di Facebook (Bata Home), atau di Instagram @batamalaysia