Jelajah Dunia K-POP Di Disney Channel Club Mickey Mouse

Jangan lupa untuk tonton Club Mickey Mouse Jumaat ini

Minggu ini dalam Disney Channel Club Mickey Mouse, Mouseketeers akan jelajahi gelombang K-Pop dan akan berkongsi pentas dengan tetamu selebriti istimewa ini iaitu personaliti YouTube Korea, Blimey dan kumpulan rock, Insomniack.

Bersama kumpulan rock, Insomniack

Jangan lupa untuk tonton Club Mickey Mouse musim ketiga pada setiap Jumaat, 1 Petang di Disney Channel (Astro Ch 615). The Club Mickey Mouse Musim 3 juga boleh didapati di Astro GO dan On Demand.

Bersama personaliti YouTube Korea, Blimey

Club Mickey Mouse Mouseketeers

Kembali dengan musim ketiga, Club Mickey Mouse ini akan menampilkan lebih banyak nyanyian lagu asal, komedi baru, sketsa, segmen dan tetamu selebriti yang lebih menyeronokkan.

Ketua Mouseketeer, Charis Ow kembali untuk musim baru bersama dengan rakan Mouseketeers yang lain iaitu Dheena, Ellya, Erissa, Faiz, Gabriel dan Wafiy.

Memulakan tayangan perdana pada 14 Jun lalu, peminat rancangan ini boleh menyaksikan video muzik “Make Ya Wanna,” lagu asal baru yang dipersembahkan oleh Mouseketeers, di Disney Channel Asia YouTube dan di halaman Facebook.