Guna Baby Hatch Untuk Bantu Selamatkan Bayi Yang Dibuang

Lindungi bayi terbuang dengan cara ini

Sedih sekali apabila melihat bayi yang tidak berdosa dibuang bagaikan sampah oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan apabila manusia itu bergelar ibu atau bapa kepada bayi tersebut.

Menurut laporan kajian daripada PDRM, kes buang bayi ini menunjukkan peningkatan sejak tahun 2016 dan pada tahun 2018, sebanyak 128 kes buang bayi yang telah dilaporkan. Negeri Selangor menjadi penyumbang utama dengan 135 kes sejak tahun 2014 sehingga 2018. Diikuti dengan Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang dengan 33 kes.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara pula, sebanyak 4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan remaja perempuan berusia 18 tahun ke bawah pada tahun 2017. Dan sehingga Jun tahun lalu, seramai 1,664 kanak-kanak tidak sah dilahirkan oleh ibu bawah umur.

Untuk membantu menyelesaikan masalah yang berleluasa ini, seorang pengguna laman sosial media, Twitter telah kongsikan cara untuk membantu meninggalkan bayi untuk pasangan yang tidak inginkan bayi tersebut ataupun kepada sesiapa yang terjumpa bayi yang dibuang.

Ingin ditegaskan di sini, Jelita tidak mengalakkan sesiapa untuk membuang bayi tetapi apabila dalam keadaan buntu atau dalam keadaan terdesak, janganlah buang anak kecil di tepi jalan, dalam tong sampah, di tandas awam dan sebagainya. Jangan tambah kesalahan dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

2 of 4

Baby Hatch

OphanCare menubuhkan Baby Hatch sebagai tempat perlindungan buat bayi yang dilahirkan secara terdesak oleh si ibu atau berada dalam keadaan fikiran yang boleh membahayakan bayi yang baru lahir. Selain itu, mereka turut menawarkan kaunseling dan perlindungan bagi wanita hamil semasa mereka membuat keputusan sama ada untuk menjaga bayi itu atau membuat pelan anak angkat untuk kanak-kanak itu.

2 of 4