Guna Baby Hatch Untuk Bantu Selamatkan Bayi Yang Dibuang

Lindungi bayi terbuang dengan cara ini

Sedih sekali apabila melihat bayi yang tidak berdosa dibuang bagaikan sampah oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Lebih menyedihkan apabila manusia itu bergelar ibu atau bapa kepada bayi tersebut.

Menurut laporan kajian daripada PDRM, kes buang bayi ini menunjukkan peningkatan sejak tahun 2016 dan pada tahun 2018, sebanyak 128 kes buang bayi yang telah dilaporkan. Negeri Selangor menjadi penyumbang utama dengan 135 kes sejak tahun 2014 sehingga 2018. Diikuti dengan Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes), Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang dengan 33 kes.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara pula, sebanyak 4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan remaja perempuan berusia 18 tahun ke bawah pada tahun 2017. Dan sehingga Jun tahun lalu, seramai 1,664 kanak-kanak tidak sah dilahirkan oleh ibu bawah umur.

Untuk membantu menyelesaikan masalah yang berleluasa ini, seorang pengguna laman sosial media, Twitter telah kongsikan cara untuk membantu meninggalkan bayi untuk pasangan yang tidak inginkan bayi tersebut ataupun kepada sesiapa yang terjumpa bayi yang dibuang.

Ingin ditegaskan di sini, Jelita tidak mengalakkan sesiapa untuk membuang bayi tetapi apabila dalam keadaan buntu atau dalam keadaan terdesak, janganlah buang anak kecil di tepi jalan, dalam tong sampah, di tandas awam dan sebagainya. Jangan tambah kesalahan dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

1 of 4

Orphancare

OrphanCare adalah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berusaha untuk memberikan kanak-kanak di institusi atau bayi yang dibuang, kegembiraan membesar di dalam sebuah keluarga. Moto organisasi ini adalah tiada anak yang harus hidup tanpa keluarga hanya kerana keadaan yang mereka lalui.

Organisasi ini bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mereka turut menjadi rakan kongsi dengan Lumos, organisasi bukan keuntungan antarabangsa yang menasihatkan negara mengenai Deinstitutionalisation (DI), untuk melaksanakan peralihan dari penjagaan institusi kepada keluarga.

OrphanCare ini terletak di No54, Jalan 5/60 46000 Petaling Jaya, Selangor Malaysia. OprhanCare juga ada di Johor Bahru dan Sungai Petani.

1 of 4