Anak Obses Dengan Telefon Pintar? Ini Cara Untuk Hentikannya

Jadi, ini lima cara yang Jelita kongsikan untuk menghentikan anak anda dari menggunakan telefon pintar.

Penggunaan telefon pintar di kalangan anak kecil sudah menjadi perkara biasa. Menurut kajian yang dilakukan di peringkat antarabangsa, kanak-kanak menghabiskan hampir 60 peratus masa mereka dengan menggunakan telefon pintar. Ini mungkin akan berbahaya kepada kesihatan kerana ia mungkin akan menyumbang kepada obesiti. Jadi, ini lima cara yang Jelita kongsikan untuk menghentikan anak anda dari menggunakan telefon pintar.

Gambar: Shutterstock

Berjalan

Aktiviti berjalan boleh mengeratkan lagi ikatan bersama keluarga. Aktiviti ini boleh dilakukan di taman rekreasi berhampiran rumah pada hujung minggu atau di sekitar kejiranan anda. Lakukan ia pada waktu pagi, petang atau sebaik sahaja selepas makan malam.

Berkebun

Jika rumah anda mempunyai banyak ruang, apa kata anda suruh anak anda untuk membina taman mereka sendiri? Berkebun adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan dan juga ia dapat membantu untuk mengeluarkan peluh. Ia juga dapat memuaskan hati terutama apabila sayuran atau buahan yang ditanam mengeluarkan hasil. Bahkan, anak anda boleh menikmati bermain dengan tanah dan menanam tumbuhan kegemaran mereka sendiri.

Sukan Keluarga

Tanamkan semangat kesukanan dalam diri anak anda dengan menghabiskan masa terluang melakukan sukan kegemarannya bersama. Sukan mudah seperti badminton, berlari, berbasikal atau bermain bola sepak boleh dijadikan aktiviti keluarga yang hebat dan boleh dilakukan di sekitar kawasan rumah, taman atau padang sukan di kawasan kejiranan anda.

Kursus Halangan

Untuk menjadi aktif tidak semestinya ia harus dilakukan di luar rumah. Jika anak anda masih kecil atau beradai di pra-sekolah, anda boleh sediakan halangan yang menyeronokkan dan selamat di rumah untuk mereka melompat dan berlari. Gunakan bantal, mainan lembut dan bola. Gunakan kreativiti anda.

Membuat Kerja Rumah

Kerja rumah seperti menyapu, menyiran tumbuhan dan melipat pakaian boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur tiga tahun. Selain dapat membantu mereka bergerak, ia juga dapat membantu membina sikap ringan tulang dan rasa bertanggungjawab dalam diri merek.