7 Permainan Papan Yang Menyeronokkan Untuk Anak Anda

Tujuh papan permainan ini boleh mengisi masa lapang anak anda semasa cuti sekolah ini

Cuti sekolah adalah masa untuk anak anda merehatkan minda dan tubuh mereka. Namun, masa ini haruslah diluangkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Jika anak anda tidak gemar melakukan aktiviti luar, anda boleh cuba sarankan permainan papan ini pada anak. Mereka boleh bermain permainan papan ini bersama adik beradik atau saudara yang lain.

1 of 7

Catur

Catur adalah permainan papan yang sangat terkenal di dunia. Ia tidak hanya dimainkan oleh orang yang berpengalaman, pemain yang baru pun boleh bermain permainan ini. Dianggarkan catur telah wujud sejak 1, 500 tahun yang lalu. Catur dimainkan oleh dua pemain di atas papan corak hitam putih dengan sejumlah 64 kotak. Setiap pemain mempunyai 16 buah catur yang terdiri daripada satu raja, satu ratu, dua kubu, dua satria atau kuda, dua menteri dan lapan tentera. Setiap bahagian catur mempunyai cara jalan yang berbeza. Tujuan permainan ini adalah untuk mengalahkan raja pihak lawan, jika berjaya dikalahkan maka permainan selesai. Permainan ini boleh mencabar kreativiti dan kebijaksanaan anak dalam memikirkan strategi untuk mengalahkan pihak lawan.

1 of 7

Catur