6 Rawatan Untuk Hilangkan Ruam Lampin Pada Bayi

Ruam lampin ini boleh dirawat dengan enam rawatan yang Jelita kongsikan ini.

Bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif dan ini akan menyebabkan mereka boleh dijangkiti dengan ruam lampin jika lampin yang digunakan tidak sesuai dengan kulit mereka. Jika ini berlaku, ibu bapa tidak perlu cepat panik. Ruam lampin ini boleh dirawat dengan enam rawatan yang Jelita kongsikan ini.

ruam lampin

Gambar: Shutterstock

Sebelum itu, ini adalah antara punca berlakunya ruam lampin:

  • Pendedahan berpanjangan terhadap bahan kumuh
  • Bahan kumuh terutamanya campuran najis dan kencing
  • Lampin berkualiti rendah
  • Geseran berulangan lampin kualiti rendah dengan kulit bayi.

Ini adalah enam rawatan yang boleh anda cuba untuk bayi anda.

  • Tukar lampin. Gunakan lampin yang lebih berkualiti dengan kadar penyerapan yang tinggi
  • Tukar lampin serta merta setelah bayi anda membuang najis
  • Cuci punggung bayi anda menggunakan air sejuk
  • Elak menggunakan kain lap bayi
  • Sapu krim lampin pada ruam lampin setiap kali anda menukar lampin bayi
  • Mungkin anda boleh elakkan daripada memakaikan lampin pada bayi untuk proses penyembuhan yang cepat