5 Perkara Ibu Bapa Perlu Lakukuan Untuk Elak Anak Dari Kerap Sakit

Ibu bapa boleh mencuba lima perkara yang Jelita kongsikan ini untuk kurangkan kekerapan anak diserang penyakit.

Sejak dari lahir, sistem pertahanan badan kanak-kanak masih belum matang namun ia akan bertambah kuat apabila mereka mula membesar. Jadi, ia bukanlah perkara yang luar biasa apabila anak kecil kerap mengalami demam, selesema, batuk dan sebagainya. Bahkan, gejala itu adalah normal kerana ia menunjukkan bahawa badan anak anda sedang membina imuniti diri untuk melawan virus yang ada di dalam tubuh mereka. Bagaimanapun, anda sebagai ibu bapa boleh mencuba lima perkara yang Jelita kongsikan ini untuk kurangkan kekerapan anak diserang penyakit.

5 Perkara Ibu Bapa Boleh Lakukan Untuk Elak Anak Dari Kerap Sakit

Gambar: Shutterstock

Berikan Anak Susu Ibu Sejak Dari Kecil

Susu ibu adalah antara makanan terbaik untuk anak kecil sejak mereka bayi. Susu ibu dapat membantu meningkatkan imuniti dalam badan kerana ia mengandungi antibodi dan sel darah putih yang berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.

Amalkan Pengambilan Bawang Putih

Dipercayai memiliki khasiat kesihatan yang baik untuk semua termasuk untuk bayi dan kanak-kanak. Kandungan dari bawang putih ini juga baik untuk kesihatan anak kecil anda. Jika anak anda mengalami selesema, anda boleh tambahkan lebih kuantiti bawang putih ke dalam masakan agar mereka boleh cepat sembuh.

Tidur Yang Mencukupi

Sama seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan tidur yang mencukupi dan berkualiti untuk tumbesaran mereka. Jika anak tidak mendapatkan tidur yang mencukupi, ia boleh menjejaskan perkembangan kesihatan, minda dan fizikal anak anda.

Berikan Anak Makan Buahan Dan Sayuran Yang Banyak

Sayuran dan buahan adalah penting untuk tumbesaran anak anda. Jadi, anda perlu hidangkan lebih banyak buahan dan sayuran seperti lobak merah, kacang hijau, oren dan strawberi yang kaya dengan fitonutrien vitamin C dan karotenoid yang merangsang sistem imun badan. Jika anak anda sukar untuk makan sayuran, anda boleh cuba cara yang kreatif untuk berikan anak anda makan sayur.

5 Cara Mudah Ajar Anak Makan Sayur>>

Jaga Persekitaran Anak

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan persekitaran anak sentiasa selamat dan juga bersih dari kuman dan bakteria. Menghalang penyebaran bakteria secara teknikalnya tidak boleh membantu meningkatkan imuniti namun ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan pada sistem imunisasi. Anda boleh kawal tahap kebersihatan dengan memastikan anak mencuci tangan sebelum dan juga selepas makan, selepas bermain di luar rumah atau memegang haiwan peliharaan dan banyak lagi.