Kehamilan Ektopik Boleh Membawa Maut

Jangan lupa untuk periksa kandungan anda

Kelahiran luar rahim adalah antara perkara paling ditakuti ibu hamil jika ia berlaku. Walaupun kemungkinan ianya berlaku hanya satu peratus di setiap kehamilan, ia masih membahayakan nyawa ibu hamil kerana boleh menyebabkan salur darah pecah dan berlaku pendarahan dalaman akibat tidak mampu untuk menampung tumbesaran bayi. Dr Nur Zaireen Zainal, Pakar Obstetriks dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia berkongsi mengenai bahaya kehamilan ektopik pada ibu hamil.

Gambar: Depositphotos

1 of 5

Berbahaya Pada Ibu

Menurut Dr Zaireena, kehamilan luar rahim atau lebih dikenali sebagai kehamilan ektopik, sebenarnya berasal daripada perkataan latin ‘ektopas’ yang membawa maksud kehamilan yang terjadi dan telah melekat di kawasan selain daripada dalam ruang rahim. Ia berlaku apabila proses persenyawaan berlaku di tiub fallopio, namun tidak bergerak dan melekat pada rahim seperti yang sepatutnya. Sebaliknya, ia melekat atau tertanam di mana-mana kedudukan tiub fallopio itu sendiri (ini paling kerap berlaku), ataupun ia melekat di kawasan lain di bahagian abdomen.

Tambahnya lagi, kehamilan ektopik lazimnya berlaku disebabkan bentuk tiub fallopio atau rahim yang tidak normal. Keadaan ini telah menyebabkan laluan pergerakan janin kecil yang belum sempurna sifatnya terganggu dan melekat secara ektopik di luar rahim.

Kata Dr Zaireena lagi, terdapat juga wanita yang tidak mengetahui keadaan jangkitan pada bahagian rahim kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda utama sehinggalah didiagnos dengan kehamilan ektopik. Kebanyakan wanita masih boleh hamil di kemudian hari menggunakan satu lagi tiub fallopionya, malah lebih daripada satu kandungan seperti wanita lain. Namun begitu, bagi sesetengah wanita yang telah mempunyai kerosakan atau kecacatan di tiub fallopio yang masih ada, kehamilan secara semula jadi amat tipis.

Sudah menjadi rutin bagi doktor untuk memeriksa tiub fallopio pesakit semasa pembedahan, serta memaklumkan keadaan tiub yang masih tinggal. Ini kerana jika tiub yang tinggal tidak kelihatan baik, doktor akan memaklumkan kepada pesakit serta menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan tiub sekali lagi jika ingin hamil pada masa hadapan. Bagi wanita yang mempunyai masalah tiub, kehamilan hanya boleh dicapai melalui IVF.

1 of 5