3 Faktor Remaja Menjadi Bermasalah

Ketahui faktor penyebab remaja bermasalah agar ia dapat dijauhi.

Remaja adalah individu yang berada dalam usia peralihan menuju kedewasaan. Banyak perkara baru akan dipelajari termasuklah perubahan tahap berfikir. Oleh itu, mereka mungkin memerlukan sokongan dan perhatian bagi membentuk sahsiah diri.

Tidak dinafikan emosi mereka juga pada masa ini bercampur baur. Mereka mahukan perhatian, inginkan penghargaan serta pada masa sama juga inginkan kekuasaan. Jika tersalah asuhan dan didikan, mereka memang akan mudah tersasar.

Gambar : Ingimage

Salah asuhan adalah salah satu faktor utama remaja bertindak memberontak dan menimbulkan pelbagai masalah. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda, setiap anak yang lahir itu bersih dan bergantung kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak tersebut.

Menurut Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, setiap anak punyai bakat dan kehendak yang berbeza. Justeru, adalah penting bagi ibu bapa memahami jiwa  anak dan perkara ini hanya boleh dilakukan dengan komunikasi yang berkesan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu wujudkan komunikasi  unggul dengan anak. Ada masanya ibu bapa perlu berkawan dan ada ketika perlu berikan amaran. Berikut adalah antara faktor mengapa remaja menjadi bermasalah menurut Suzana.

1 of 3

Terlalu Dimanjakan

Memanjakan anak sedari kecil tanpa disiplin yang mencukupi boleh menyebabkan ia membesar menjadi remaja bermasalah. Foto daripada Freepik.com.

Ada ibu bapa yang terlalu sayangkan anak dan mengikut segala kehendak dengan alasan sebagai ganti kerana tidak dapat meluangkan masa dengan anak. Tiba satu ketika, apabila si anak sudah terbiasa dipenuhi segala kehendak, mereka seakan tidak tahu untuk membezakan mana yang perlu atau tidak. Akibatnya mereka tidak boleh menerima kenyataan sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi termasuklah daripada orang lain maka mereka akan mula memberontak. 

1 of 3