USAH RAGU, RANGKAIAN PRODUK MAMONDE DISAHKAN HALAL

Usah ragu untuk mencuba produk Mamonde, kini ia disahkan Halal.

Isu Halal sering menjadi keutamaan pada pengguna terutamanya yang beragama Islam. Bukan sahaja pada makanan yang dijamah atau dibeli, tetapi juga haruslah meliputi semua aspek.

Begitu juga dengan penggunaan produk cantik dalam rutin harian. Tambahan pula jika produk yang digunakan itu bukannya buatan Malaysia. Sebelum membeli atau menggunakannya, anda haruslah ambil tahu apakah bahan yang digunakan, adakah ia selamat digunakan pada wajah, boleh dibawa solat atau tidak barulah anda semua rasa selamat dan selesa ingin menggunakannya.

Jenama produk penjagaan wajah terkenal dari Korea, Mamonde membawa khabar gembira buat penggemarnya. Kini, terdapat 11 produknya telah mendapat sijil dan disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia iaitu (JAKIM). Produk itu adalah Ceramide Skin Softener, Ceramide Intense Cream, Ceramide Emulsion, Ceramide Light Cream, Pore Clean Stick, Floray Hydro Ampoule Toner, Floral Hydro Cream, Floral Hydro Emulsion, Rose Water Toner,RoseĀ  Water Gel Cream dan Rose Water Soothing Gel.

Sedikit info buat anda yang mungkin baru sahaja mengenali jenama Mamonde, jenama ini terkenal dengan inspirasinya menghasilkan produk kecantikan yang berteraskan kecantikan feminin daripada bungaan. Boleh dikatakan semua produknya dirumus dengan ekstrak bunga yang unik dan bagus untuk meraih kulit wajah yang sihat dan cantik. Aktress terkenal Korea, Park Shin Hye ialah wajah untuk Mamonde.

Bagi rangkaian Ceramide, ia diformulasi dengan ekstrak bunga Hibiscus,bagus untuk melembap dan menguatkan sistem pertahanan kulit agar kekal terhidrat dan segar sepanjang hari. Bagi anda yang inginkan produk lebih ringan dan bersifat water base, anda boleh cuba rangkaian Floral Hydro yang dirumus oleh air dan bungaan Narcissus bulb. Manakala jika anda sukakan bau ros, Rose Water Range sangat sesuai. Bukan sahaja harum dan lembut pada kulit, malah formulasi 100 peratus Organic Damask Rose juga baik untuk melega dan menenangkan kulit wajah yang mudah merengsa.

Semua rangkaian produk Mamonde yang disahkan Halal ini boleh didapati di semua gedung kecantikan Watsons seluruh negara, Sephora yang terpilih dan juga secara atas talian iaitu Lazada, Hermo dan Shoppe Mall.