Tip Mudah Membersihkan Gigi Palsu

Bantu ibu bapa anda untuk jaga senyuman mereka

Gigi palsu dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap kualiti kehidupan dan keyakinan diri si pemakainya. Begitu juga dengan ibu bapa anda, bila perlu, mereka memakai gigi palsu bagi memastikan mereka dapat menikmati makanan dan minuman kegemaran atau berinteraksi dengan orang lain.

Gambar: Freepik

Tahukah anda, kajian yang telah dijalankan oleh GSK mendapati 56 peratus daripada pengguna gigi palsu tidak sedar cara yang betul untuk memastikan gigi palsu mereka sentiasa bersih. Kebanyakan daripada mereka masih menggunakan berus gigi atau ubat gigi biasa untuk membersihkan gigi palsu itu.

Di samping itu, terdapat 49 peratus daripada pengguna gigi palsu tersebut tidak berjumpa dengan doktor gigi secara berkala tetapi hanya akan berjumpa dengan doktor gigi sekiranya mereka mempunyai masalah dengan gigi palsu yang dipakai.

Oleh itu, sempena dengan Hari Ibu Bapa yang diraikan pada Ahad pertama bulan Julai di Malaysia, Polident telah mengadakan kempen ‘Senyum Bersama Dengan Yakin’ untuk memberikan kesedaran kepada semua mengenai penjagaan gigi palsu agar dapat membantu ibu bapa anda menjaga gigi palsu dengan betul.

Fakta Mengenai Gigi

  1. Seorang dewasa akan mempunyai 32 gigi dewasa.
  2. Gigi tidak semestinya akan tercabut apabila anda menjejaki usia tua tetapi disebabkan oleh masalah oral, ia mungkin akan menyebabkan gigi itu dicabut.
  3. Menurut kajian yang dijalankan oleh doktor gigi di Klinik Kerajaan, 21.4 peratus warga emas lebih daripada 75 tahun kehilangan semua gigi mereka.
  4. Seseorang akan kehilangan gigi disebabkan oleh masalah oral yang dialaminya.

Sebab Gigi Tercabut

  1. Caries – Ini terjadi apabila gigi dijangkiti kaviti hingga menyebabkan gigi mula mereput dan akhirnya pecah.
  2. Penyakit Gusi – Bagi mereka yang malas gosok gigi, mereka mungkin akan menghadapi masalah ini. Penyakit gusi ini terjadi apabila gusi kehilangan fungsi untuk menampung gigi anda.
  3. Trauma – Kes seperti ini akan berlaku jika anda tercedera sewaktu bersukan mahupun mengalami kemalangan. Sebagai contoh, mungkin terkena kayu hoki atau sebagainya.
  4. Hypodontia – Gejala ini berlaku apabila seseorang dilahirkan dengan bilangan gigi yang kurang berbanding manusia normal.

Cara Menjaga Gigi Palsu

  1. Keluarkan gigi palsu sebelum tidur.
  2. Jangan biarkan gigi palsu terbiar di luar, sebaliknya simpan di dalam bekas yang diisi air.
  3. Basuh gigi menggunakan air yang bersih.
  4. Lap dengan tuala bersih secara lembut.
  5. Gunakan berus gigi yang lembut
  6. Gosokkan pada bahagian pemukaan gigi.
  7. JANGAN gunakan ubat gigi kerana ini akan membuatkan gigi palsu anda cepat rosak dan tercalar.

Gambar: Google

Cara Cuci Gigi Palsu Menggunakan Polident Daily Cleaner

  1. Rendam gigi palsu dalam air suam dengan satu biji Pembersih Gigi Palsu Polident selama tempoh masa yang disyorkan pada pek.
  2. Berus gigi palsu dengan larutan Polident dan berus gigi lembut selepas merendam untuk menyingkirkan kotoran dan plak
  3. Bilas gigi palsu anda dengan air yang mengalir sebelum menyimpannya di dalam bekas gigi palsu atau memakainya. Buang larutan Polident yang telah digunakan.