SIMPLE SKINCARE LANCARKAN KEMPEN #KINDISSIMPLE

Sokong dan sertai kempen #KindisSimple dengan tiga langkah yang mudah.

Simple Skincare melancarkan kempen #KindisSimple, kerjasama bersama badan organisasi WOMEN:girls dan Guardian bagi menyebarkan kebaikan kepada komuniti bermula Ogos sehingga September 2019.

Kempen #KindisSimple ini adalah salah satu inisiatif murni oleh Simple bagi merealisasikan komitmen mesra kepada orang ramai dengan menggalakkan kebaikan melalui ikrar yang dikongsi di laman sosial. Menurut Michelle Foo iaitu Pengurus Jenama Simple Unilever Malaysia berkata, menyebarkan kebaikan ialah misi utama mereka.

“Selain daripada berbuat baik pada kulit wajah dengan mencipta dan mengeluarkan produk penjagaan wajah yang lembut menggunakan bahan-bahan tulen dan natural, kami turut ingin memberikan inspirasi kepada orang ramai untuk berbuat baik kepada komuniti dan planet mereka. Kami percaya dengan hanya satu tindakan kebaikan yang kecil boleh memberikan impak yang besar, Simple mempelawa semua warga Malaysia untuk berikrar dengan hanya semudah tiga langkah,” katanya. ( Rujuk gambar di bawah)

 

Sebagai tanda penghargaan kerana menyokong kempen ini, anda berpeluang untuk membuat redemption untuk memiliki satu pek Cleansing Wipes secara percuma  di semua Guardian (mengikut terma dan syarat).

Manakala, bagi WOMEN: girls ia adalah sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu kaum wanita merealisasikan potensi diri menjadi model peranan untuk membentuk kanak-kanak menjadi agen perubahan. Menurut Pengarah Eksekutifnya, Izza Izelan berkata, kerjasama ini adalah sesuatu yang sangat positif dalam menyebarkan mesej yang berguna.

“Kami berasa sangat gembira kerana Simple menyertai misi ini bersama kami dalam membentuk wanita menjadi model peranan dan inspiras kepada semua. Kami percaya bahawan sebelum berbuat baik kepada orang lain, anda harus berbuat baik kepada diri sendiri terlebih dahulu,”ujarnya.