Rumah Di Vietnam Ini Boleh Dijadikan Inspirasi Buat Anda

Idea Rekaan Minimalis Terbaik!

Jika anda ada sebidang tanah namun keluasannya terhad, jangan kuburkan impian anda untuk membina sebuah rumah disana. Sebuah rumah di Vietnam dengan rekaan minimalis ini mungkin boleh dijadikan rujukan buat anda yang sedang mencari idea rekaan rumah.

Menceduk idea rekaan rumah dari negara Austria, pemilik rumah ini mahu mencipta suasana yang ringkas, tampak luas dan mempunyai ruang untuk taman mini. Terletak di daerah Hoa Xuan, Danang, ia menggunakan keluasan tanah yang kecil dengan sebaiknya.

Persoalannya, bagaimana mahu membina rumah di atas keluasan tanah yang terhad? Jawapannya adalah dengan meminimalkan hiasan dan dekorasi di bahagian luar. Malah pemilik rumah ini juga menggunakan ilusi warna putih dan lantai kayu untuk kelihatan luas dan bersih.

Jelita juga tertarik dengan pemilihan jenis dan susun atur perabot. Kunci kepada tema minimalis ialah tidak menggabungkan terlalu banyak elemen yang kadangkala kelihatan caca merba. Cukup sekadar pemilihan warna yang minimal serta menggunakan tingkap dan dinding gelas.

Pemilik rumah juga memilih warna off white untuk kabinet dapur yang membuatkan ia kelihatan bersih dan teratur. Ruang dalaman rumah dibina secara memanjang ke belakang dengan dua tingkat. Untuk bilik pula, ia terletak di bahagian belakang diantara ruang dapur yang dipisahkan oleh satu taman mini. Menarik! Jom lihat ruang dalaman dan setiap sudut rumah minimalis ini.

8 of 9

8 of 9