Raja Permaisuri Agong Kongsi Produk Cantik Pilihannya

Ini adalah dua produk cantik kegemaran Tunku Azizah.

Raja Permaisuri Agong yang ke-16 , Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering menjadi bualan umum.

Mempunyai rupa paras yang jelita, budi pekerti mulia serta santunnya yang begitu dekat dan mesra dengan rakyat membuatkan Tunku Azizah  dikagumi dan disenangi oleh seluruh rakyat jelata.

Apabila berbicara mengenai baginda Tunku Azizah, mesti kita semua sering mengaitkannya dengan beberapa perkara iaitu, kehandalan  memasak, bahkan Tunku Azizah  mempunyai sebuah buku masakan bertajuk Air Tangan Tengku Puan Pahang. Selain itu, gaya fesyen Permaisuri Agong  ini  juga sering mencuri tumpuan. Tunku Azizah  sering menggayakan busana baju kurung bersama sehelai selendang di bahunya,malah trend berbusana seperti itu menjadi trend dan ikutan oleh rakyat.

Kredit Gambar: Instagram Rizalman

 

Sumber Gambar: Twitter

Selain itu, Tunku Azizah  juga disenangi kerana sering berkongsi perihal kehidupan dan aktiviti melalui akaun Twitternya, @cheaminahsayang. Baginda sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi produk kecantikannya yang sering digunakan, malah ramai yang tidak menyangka produk yang digunakan oleh Tunku Azizah produk yang mampu milik dan mudah di dapati di semua farmasi seperti Watson atau Guardian. Lagi bertambah kagum dan sayang rakyat terhadap Tunku Azizah, ini jelas menggambarkan keperibadian Baginda Permaisuri Agong yang sangat merendah diri.

Ini pula adalah komen daripada sebahagian pengikut Twitter Tunku Azizah: