RAHSIA CANTIK DAN KEKAL MUDA FAUZIAH LATIFF

Ini rahsia cantik yang diamalkan oleh Fauziah Latiff.

Siapa yang tidak kenal dengan  Pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini? Fauziah Latiff, antara penyanyi A-list Malaysia yang tidak pernah pudar seri kejelitaannya.

Tidak banyak kerenah, mudah memberikan kerjasama, sentiasa tersenyum manis malah cukup merendah diri, maka tidak hairanlah dia kekal berada di dalam arenanya yang tersendiri. Cukup eksklusif dan mahal! Fauziah Latiff kongsikan rahsia cantiknya buat pembaca Jelita.

RAHSIA CANTIK DAN SIHAT

Kak Jee masih kekal cantik dengan kulit yang mulus. Boleh kongsikan rutin penjagaan wajah?

Terima kasih atas pujian. Insya Allah saya akan sentiasa menjaga kurniaan ini. Saya juga mempunyai kulit normal seperti orang lain. Cuma, saya percaya dengan rutin penjagaan yang asas. Saya tidak kisah untuk tidak mengenakan solekan pada hari yang saya tidak mempunyai agenda seni. Tetapi, dengan penggunaan produk tentunya akan membantu kulit anda lebih baik jika kulit bermasalah.

Rutin penjagaan rambut pula mcm mana? Kak Jee dilihat selesa dan muda dengan berambut pendek.

Sebenarnya saya suka berambut panjang. Saya  potong rambut pendek  kerana panas. Bagi rutin  penjagaan pula, saya cuci seperti biasa dan sesekali akan berkunjung ke salun untuk melakukan perawatan rambut.

Sering lihat di Instagram Kak Jee gemarkan aktitivi lasak. Apakah kepuasan melakukan aktiviti tersebut?

Itulah masanya untuk saya berehat, relaks dan meluangkan masa kualiti bersama kawan-kawan.

Bentuk badan masih langsing bak anak dara. Adakah Kak Jee mengamalkan diet tertentu?  

Saya menjaga pemakanan bukan untuk langsing tetapi lebih kepada kesihatan seperti tajuk lagu ‘Tua mengejar kita’. Saya cuba untuk makan secara sihat, walaupun susah sangat Tuhan saja yang tahu. Tetapi saya paksa diri demi kesihatan.

Adakah pengambilan suplemen menjadi kemestian buat Kak Jee?

Ya, sepatutnya. Tetapi mengenali diri ini, saya sentiasa lupa.

Ada sebarang petua tradisional yang masih diamalkan?

Saya amalkan ulam-ulaman dan pengambilan sayur segar. Kebanyakan petua tradisional yang disarankan oleh orang tua sangat berkesan seperti berpantang selepas bersalin dan cara pemakanan yang diamalkan.

Jika ke spa, apakah rawatan yang sering dilakukan? 

Urutan badan. Saya tidak kisah untuk luangkan berjam lamanya kerana inilah masanya untuk membelai badan anda.

Siapakah selebriti dalam dan luar negara yang punya pakej lengkap seperti cantik luar dan dalam?

Biduanita Nor Kumalasari, Saloma, Audrey Hepburn & Jane Godall.

Takut atau tidak dengan isu penuaan?  

Tidak. Saya always looking forward to the next age jika Allah izinkan saya untuk masih lagi bernafas.