Pameran Marvel Studios: Ten Years of Heroes di Pavilion KL

Khusus untuk peminat Marvel!

Pameran Marvel Studios: Ten Year of Heroes hadir ke Malaysia dan bertempat di Pavilion Kuala Lumpur. Ia akan membawa anda merasai satu pengalaman yang sangat mengujakan, di mana anda berada dalam dunia Marvel dengan pelbagai karakter seperti Captain America, Iron Man, Thor, Captain Marvel, Doctor Strange, Ant Man dan banyak lagi! Anda akan masuk ke dunia Marvel Cinematic Universe, meraikan 10 tahun filem Marvel Studios – bermula daripada Iron Man (2008) hinggakan kepada yang terkini iaitu Avengers: Endgame (2019), yang membolehkan anda melihat galeri yang memiliki prop, kostum, seni dan pengalaman interaktif daripada filem Marvel.

Pameran ini dilesenkan oleh The Walt Disney Company Southeast Asia kepada Crave Alive dan Beast Kingdom, yang bekerjasama dengan Samsung Malaysia, Maybank dan Klook. Pameran ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Dr Siti Hasmah pada penghujung Jun yang lalu. 

Diadakan di tingkat 10 Pavilion Elite KL, Pameran Marvel Studios: Ten Year of Heroes berlangsung bermula dari 28 Jun 2019 sehingga 27 Oktober 2019. Tiket boleh anda dapatkan di www.marvelexhibition.my.