MILIKI KULIT BERSERI DI INNISFREE JEJU CHERRY BLOSSOM TONE UP POP UP

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke sini!

Jenama penjagaan wajah terkenal dari Korea, Innisfree memperkenalkan rangkaian baru iaitu Jeju Cherry Blossom, untuk mencerah dan melembapkan kulit wajah.

Bersempena dengan pelancaran rangkaian baru ini, Innisfree menjemput inni-friends dan penggemar produk kecantikan untuk hadir ke Jeju Cherry Blossom Tone -up Pop Up yang akan diadakan di beberapa lokasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang, bermula dari 17 September hingga 6 Oktober 2019.

Dilengkapi dengan hiasan bunga Cherry Blossom di segenap ruang, anda terasa seperti berada di Jeju! Itulah yang boleh digambarkan saat melangkah ke ruangan pameran. Dengan hiasan Cherry Blossom berwarna merah jambu, #ToneUpPopUp memaparkan satu botol gergasi produk utama iaitu Jeju Cherry Blossom Tone – Up Cream yang bertujuan unutk membawa musim Bunga Jeju kepada warga Malaysia. Inni-friends dan peminat produk kecantikan boleh menikmati pengembaraan mereka dan mengabdikannya di laman sosial sambil meneroka beberapa stesen menarik yang disediakan.

Jangan terlepas peluang untuk menghadiri pop up store ini kerana di setiap stesen anda bukan sahaja boleh mencuba tekstur rangkaian produk ini, malah boleh mencuba pelbagai permainan yang disediakan, dan lebih menarik anda  berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Innisfree.

Untuk rangkaian ini, ia hadir dengan empat produk terbaru iaitu, Jeju Cherry Blossom Tone-up Cream, Jeju Cherry Blossom Jelly Cream,Jeju Cherry BlossomLotion dan Jeju Cherry Blossom Skin, yang kesemuanya dihasilkan dengan esktrak bunga Jeju cherry leaf dan Betaine semulajadi untuk menghasilkan kulit wajah yang lebih cerah, lembap dan lembut.

Berikut ialah  jadual dan lokasi Innisfree Jeju Cherry Blossom Tone-up Pop Up yang akan berlangsung nanti:

  • 26 – 29 September  2019 di North Zone, Queensbay Mall, Pulau Pinan
  • 4 – 6 Oktober 2019 di Premier Terrace, Lot 10 Shopping Centre