Kulit Selembut Mochi Dengan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Oil dan Shower Lotion

Rahsia kecantikan wanita Jepun kini boleh dimiliki.

Tahukah anda, selain menjaga kecantikan wajah, anda juga perlu menjaga 90 peratus bahagian kulit yang lain? Ini kerana kulit badan mengalami proses penuaan yang lebih pantas akibat kekeringan dan dehidrasi berbanding wajah anda.

Oleh itu, untuk memberikan anda perlindungan kulit tubuh yang lengkap, pilih sabun badan yang berkualiti. Shokubutsu telah melancarkan produk baharu di bawah jenama Shokubutsu Mochi Hada yang membawa makna, kulit lembut dan licin berseri umpama Mochi dalam bahasa Jepun. Ia juga cukup lembut untuk digunakan pada kulit wajah anda dan tidak menyebabkan kerengsaan.

 

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil telah terbukti selamat untuk digunakan pada kulit dan tidak menyebabkan kerengsaan (iritasi) dan keradangan (reaksi alergi). Ciri yang hebat  ini diilhamkan daripada rutin kecantikan ringkas Jepun yang menampilkan ciri pembersihan dan kelembapan untuk kedua-dua bahagian wajah dan tubuh dalam SATU langkah sahaja. Ia dicipta untuk membersih secara lembut dan melembapkan kulit bagi setiap mandian dan hasilnya, boleh dilihat dalam masa dua minggu.

Selain itu, ia efektif untuk menanggalkan bendasing seperti solekan ringan, kotoran, selain bertindak sebagai krim siang dengan SPF dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar. Namun, ia kekal  lembut pada kulit anda tanpa mengabaikan kelembapan yang diperlukan. Produk ini sesuai digunakan pada wajah dan badan, menjadikan kulit lebih lembut dan licin.

Kelebihan Teknologi Moisture-Lock Jepun

Apa yang membuatkan produk ini istimewa adalah teknologi Moisture-Lock Jepun. Ia adalah satu daripada formulasi mandian cemerlang daripada Lion Corporation Japan yang berfungsi mengekalkan kelembapan kulit dengan mengurangkan penyejatan air daripada permukaan kulit. Cara ini dapat mengunci molekul air yang sedia ada dalam kulit, menjadikannya lebih efektif dalam mengekalkan tahap penghidratan kulit.

Ramuan Asli Jepun Rahsia Untuk Kulit Licin

Selain diformulasikan dengan teknologi Moisture-Lock Jepun, produk ini turut menggabungkan ramuan asli Jepun secara aktif untuk menguncikan kelembapan dari dalam agar kulit kekal lembap, lembut, licin dan berseri selepas setiap mandian. Antara ramuan asli Jepun yang digunakan ialah;

Minyak Tsubaki (atau Minyak Bunga Camelia Jepun) – menjadi sebahagian darpada amalan kecantikan yang penting di Jepun sejak berabad yang lalu. Ia juga adalah rahsia kecantikan di kalangan wanita Geisha. Srikandi Jepun sememangnya terkenal dengan kulit wajah tanpa cela, ini kerana mereka gemar menggunakan minyak Tsubaki yang memberikan khasiat dan melindungi kulit wajah secara tradisional. Minyak ini mudah diserap, hipoalergenik (tidak mudah memberikan alahan kepada kulit) dan bukan komedogenik (tidak menyumbatkan pori kulit dan sekali gus mengakibatkan bintik hitam). Pada kebiasaannya, minyak tradisional ini digunakan untuk anti-penuaan, melembutkan dan melembapkan kulit dengan mendalam, semuanya kerana hasil kombinasi kebaikan antioksidan, asid lemak dan vitamin E yang terkandung di dalamnya.

Minyak Bran Beras – Satu daripada rahsia anti penuaan di Jepun. Ia membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapan. Kaya dengan vitamin dan zat galian, minyak ini membantu untuk memperolehi kulit yang lebih cerah, lembut dan licin.

Ekstrak Tapai Beras – Air beras yang diproses secara penapaian. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Terdiri daripada tiga variasi, anda boleh mendapatkan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil dalam bentuk botol (525 ml) dan pek isian semula (450 ml).

Shower Oil Nourishing & Softening (RM25.50)

Shower Lotion Glow Radiance (RM19)

Shower Lotion Ultra Moisture (RM19)

Shower Lotion Glow Radiance

Shower Oil Nourishing & Softening

Shower Lotion Ultra Moisture