KULIT BERSERI DENGAN SERUM FORMULASI UNGGUL

Raih kulit cantik berseri dengan Lancome Advanced Genefique Serum

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, Lancome Advanced Genefique telah menjadi perintis dunia kecantikan dengan menawarkan keunggulan inovasi teknologi dan sains di dalam produknya.

Kini, Lancome Advanced Genefique Serum hadir dengan rumusan yang lebih unggul berformulasi Microbiome Science. Menurut saintis dan para penyelidik, kita semua mempunyai microbiome yang pertama sejak dilahirkan. Ia unik seperti DNA atau cap jari kita. Keseimbangannya adalah penting untuk kesihatan dan penampilan kulit.

Bagaimanakah Microbiome Science bertindak pada kulit wajah? 

Ia berfungsi sebagai:

  • Melindungi kulit wajah
  • Mengawal keradangan yang berlebihan
  • Merawat kulit menguatkan sistem pertahanan kulit agar lebih lembap.

Bagaimana Lancome Advanced Genefique berfungsi pada kulit wajah anda?

Dengan formulasi baru, serum ini mempunyai tekstur yang lebih ringan dan halus yang mana ia lebih mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Hasilnya, tekstur kulit menjadi lebih halus, berseri, menghilangkan bintik hitam dan pigmentasi untuk kulit yang kekal muda dan anjal. Serum ini juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

Baru baru ini, Lancome telah mengadakan acara pelancaran serum yang dihadiri oleh ramai  selebriti, influencer sosial media dan rakan media.  Antara yang mencuri tumpuan ialah bintang terkenal Neelofa yang turut menjadi wajah untuk Lancome Advanced Genefique Serum ini.