Kisah Mistik Gunung Berembun, Lokasi Nora Anne Ditemukan Maut

Takziah Buat Keluarga Mangsa

Kehilangan remaja perempuan dari Ireland, Nora Anne Quorin, 15, akhirnya terjawab selepas pihak berkuasa menemui mayatnya tanpa berpakaian. Takziah buat keluarga Nora Anne. Jelita tidak mahu mengulas mengenai pelbagai spekulasi disebalik kehilangan mendiang sebelum ini. Biar pihak berkuasa yang melakukan siasatan lanjut.

Lokasi penginapan Nora Anne dan keluarga adalah di The Dusun, Kampung Pantai, Seremban dan mediang ditemukan mati, selepas 10 hari hilang dengan jarak 2.5 kilometer daripada resort itu. Keluarga Nora secara terbuka mahu memberikan ganjaran sejumlah RM50,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemukan.

Kelmarin, seorang lelaki mendedahkan kisah tragis yang pernah dilaporkan berlaku di lokasi penemuan mayat Nora Anne di Gunung Berembun. Lelaki itu yang dikenali sebagai @HilmiQimie menerusi Twitter melakukan bebenang mesej mengenai Gunung Berembun.

“Kalau nak tahu, kami warga Pantai dan berdekatan pun tak berani nak pergi ke Gunung Berembun, tempat Nora Anne ditemui mati tu. Yang tahu je tahu.. Akan dikongsikan cerita sebenar di sebalik sejarah misteri gunung berembun ini soon”, tulisnya.

Sebelum ini beebrapa blog pendaki yang pernah mendaki Gunung Berembun turut menulis tentang jeadian mistik disana. Menurut @HilmiQimie di Twitter, Gunung Berembun pernah dilaporkan mengalami beberapa trajedi kematian dan semuanya pernah dilaporkan dalam media tempatan.

KEMASKINI: Dalam perkembangan lain, laporan autopsi mayat Nora Anne melaporkan remaja itu meninggal kerana kelaparan dan tiada unsur jenayah atau rogol yang berlaku. Malah dia dikatakan meninggal dua ke tiga hari sebelum ditemui. Menurut kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus kerana tiada makanan dalam tempoh panjang dan stress (tekanan) yang berpanjangan.

1 of 10

1 of 10