Ketahui 6 Simptom Sakit Puan Yang Mungkin Anda Alami

Jangan ambil mudah bila merasakan sesuatu yang pelik dengan Miss V anda!

Jangan ambil mudah bila merasakan sesuatu yang pelik dengan Miss V anda! Mungkin apabila terasa sesuatu yang pelik dibahagian sulit itu, anda berharap ia hanyalah kesakitan yang sementara. Jika anda mengalami lebih daripada satu simptom yang Jelita senaraikan ini, sila berjumpa dengan doktor dengan segera!

Foto: depositphotos.com

1 of 6

1. Darah mengalir keluar selepas melakukan seks.

Apabila anda mendapati ada kesan tompokan darah di atas cadar katil selepas bersama suami, sila lakukan pemeriksaan. Kalau ia bukanlah darah haid dan tiada kesakitan berlaku, ia mungkin STD (penyakit jelamin), termasuk chlamydia.

Menurut Purdence Hall, pengarah dan pakar sakit puan di Hall Health and Longevity Center, California, Amerika Syarikat, bakteria STD sangat berbahaya. Ia boleh menyebabkan keradangan pada sel dalam serviks, hingga menyebabkan keluarnya sedikit darah. Ia boleh berlaku terutama selepas alat sulit suami menggosok atau terkena kawasan serviks sewaktu seks.

Sesetengah petanda chlamydia adalah lelehan hijau kekuningan dan rasa pedih bila buang air kecil. Anda boleh dijangkiti untuk berbulan malah bertahun tanpa sebarang simptom jelas. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan keadaan lebih buruk seperti penyakit radang pelvik, yang boleh menggugat kesuburan.

Jadi, penting untuk berjumpa pakar sakit puan dengan segera. Dia akan lakukan pemeriksaan dan berikan antibiotik sepatutnya.

1 of 6