Jom Makan Di ‘Mekdi’ – Hanya Di Malaysia!

Siapa sangka selama ini panggilan bahasa rojak untuk Mcdonald’s iaitu Mekdi dikomersialkan? Sempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Mcdonald’s Malaysia mengangkat ejaan ‘Mekdi’ daripada Mcdonald’s dan meletakkannya di atas papan tanda restoran makanan segera ikonik itu.

Mcdonald’s Malaysia memilih cawangan Bukit Bintang untuk kempen ini kerana ia adalah lokasi pertama Mcdonald’s Malaysia dibuka iaitu pada tahun 1982. Menurut Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, keputusan untuk mengangkat panggilan ‘Mekdi’ itu adalah sebagai satu simbolik penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong Mcdonald’s selama lebih 37 tahun.

“Sepanjang 37 tahun lalu, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini. Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan mereka, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami, di mana ianya kini sinonim dengan jenama kami,” kata beliau.

Sebagai meraikan Bulan Kebangsaan, McDonald’s Malaysia memperkenalkan salah satu menu sinonim rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak McD dengan versi tersendiri. Pelanggan juga boleh memilih untuk memadankan menu itu dengan Ayam Goreng McD dan secawan Teh Ais Limau.

Mcdonald’s Malaysia juga mengambil inisiatif untuk memartabatkan Nasi Lemak sebagai hidangan kebangsaan Malaysia dengan melancarkan sebuah petisyen di seluruh negara. Orang ramai dan pelanggan setia Mcdonald’s boleh mula menandatangani petisyen ini dengan sasaran satu juta tandatangan menjelang Hari Malaysia, 16 September ini. Untuk turut serta dalam petisyen ini, sila layari http://chng.it/LDfjGDJsQs

Nasi Lemak McD kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s Malaysia di seluruh negara dan akan menjadi menu tetap di McDonald’s, 24 jam sehari. Set Nasi Lemak McD berharga hanya RM5.99 untuk sarapan pagi dan disajikan dengan Milo Ais. Pada waktu lain, harga yang ditetapkan adalah RM12.99 untuk set bersama 1 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau, manakala RM15.99 untuk set bersama 2 keping Ayam Goreng McD dan Teh Ais Limau.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran menu McDonald’s yang menarik bulan ini, layari www.mcdonalds.com.my.